4 Strategi Pemasaran Zaman Dulu Yang Masih Relevan Sampai Sekarang

Pada hari ini, walaupun strategi pemasaran sudah semakin terkehadapan menggunakan kaedah digital, namun masih ada strategi pemasaran zaman dahulu yang masih relevan. Ini menunjukkan sebagai empunya bisnes, anda masih tetap boleh menggunakan kaedah pemasaran terdahulu untuk manfaat bisnes anda.

Antara kaedah pemasaran zaman dahulu yang masih relevan dan boleh dilakukan adalah:

1) WORD OF MOUTH

Untuk mendapatkan strategi saranan dari mulut ke mulut ini, anda perlu bijak menawan hati pelanggan sedia ada. Apabila mereka berpuas hati dengan produk anda, mereka sendiri akan menyarankan produk anda kepada orang lain tanpa dipinta.

2) PACKAGING PRODUK NAMPAK MEWAH

Pembungkusan produk yang nampak mewah memberikan perspektif berbeza kepada pelanggan. Mereka akan merasakan bahawa produk itu ‘mahal’ dan semestinya berkualiti tinggi.

Laburkan bajet untuk membuat packaging cantik kepada produk anda sebagai salah satu langkah pemasaran. Prospek lebih tertarik untuk mencuba produk anda hanya dengan melihat kepada pembungkusannya.

3) FLYERS

Walaupun pada hari ini e-mel dan media sosial bagai menggantikan fungsi flyers, namun flyers masih lagi relevan untuk dijadikan sebagai bahan pemasaran. Cetak flyers anda dan kemudian edarkan kepada khalayak ramai. Sasaran untuk flyers ialah golongan berusia yang masih suka membaca helaian kertas berbanding golongan muda yang selesa dengan bahan digital.

4) MEDIA CETAK (MAJALAH & AKHBAR)

Pengiklanan di media cetak misalnya majalah dan akhbar sememangnya relevan sejak dahulu hingga sekarang. Malah iklan di media cetak kesannya amat bagus sebagai langkah pemasaran.

Masih ramai individu yang gemar membaca akhbar pada waktu pagi sambil bersarapan. Hal ini boleh dilihat pada golongan berusia matang. Justeru pengiklanan di media cetak boleh dikatakan sebagai satu cara yang efektif.

Kesimpulannya, strategi pemasaran yang efektif adalah berbeza antara satu produk dengan produk yang lain. Hal ini tertakluk kepada produk dan target market. Oleh itu, setiap perniagaan perlu mencuba pelbagai cara untuk memasarkan produk sehingga bertemu dengan strategi paling berkesan.