Jom Ketahui Apa Itu Bad Marketing

Pada hari ini, dengan wujudnya media sosial, ramai pempengaruh menggunakan bad marketing untuk menjadikan diri mereka tular atau viral. Ini termasuklah juga golongan orang bisnes yang suka menggunakan kaedah bad marketing untuk menguar-uarkan bisnes mereka.

Klausa ‘bad marketing is also a marketing’ dilihat seolah-olah menghalalkan bad marketing untuk terus berada dalam pasaran. Apatah lagi, khalayak memang suka menonton sesuatu yang di luar kebiasaan sehingga ianya menjadi viral.

Pun begitu, ada beberapa faktor yang menjadikan sesuatu pemasaran itu dinamakan sebagai bad marketing. Nak tahu apa dia? Jom semak faktor di bawah ini.

1) MENGELIRUKAN

Bad marketing selalunya mengelirukan khalayak. Dakwaan palsu yang sengaja ditimbulkan membuatkan khalayak berfikir mengenai kesahihannya. Hal ini menimbulkan rasa tidak percaya kepada orang ramai. Justeru, reputasi jenama tersebut boleh menjadi rosak. Walaupun orang ramai bercakap soal hal tersebut, namun reputasi jenama anda kini sudah berada pada tahap kurang diyakini.

2) KURANG SENSITIF

Isu yang kerap ditimbulkan oleh bad marketing selalunya adalah isu sensitif. Pembuat bad marketing mahukan orang ramai bercakap mengenainya supaya jenama mereka mudah diingati dan menjadi bualan ramai.

Objektif untuk menjadi bualan ramai mungkin mudah dicapai namun mesej yang ingin dicapai selalunya tidak jelas kerana hanya memainkan isu yang kurang sensitif. Perlu diingat, isu sensitif selalunya menyebabkan emosi sesetengah pihak jadi tidak menentu dan menyinggung perasaan.

3) SASARAN TIDAK TEPAT

Kempen bad marketing selalunya disasarkan kepada khalayak ramai tanpa ada spesifik target market. Justeru, kempen ini tidak jelas sasarannya dan kurang bertukar kepada jualan. Objektif untuk viral mungkin tercapai namun untuk apa viral sahaja jika tiada jualan yang dibuat?

Kesimpulannya, bad marketing boleh menjadikan sesebuah jenama itu viral. Pun begitu, bad marketing yang dibuat berkali-kali boleh menjejaskan reputasi kerana isu yang dibualkan adalah sesuatu yang negatif.

Pemilik bisnes disarankan supaya menjalankan strategi pemasaran yang menjadi kredibiliti jangka masa panjang dengan menjaga nama baik syarikat.

Ingin Modachi bantu kaedah pemasaran syarikat anda? Hubungi kami sekarang.