Survei

Anda fikir stesen radio pemurah kerana selalu berikan duit percuma setiap pagi. Jadi pemanggil terpantas kemudian jawab soalan mudah, pendengar boleh menang wang tunai. Tanggapan radio sangat pemurah sebenarnya, salah.

Sebenarnya stesen radio itu sedang membuat kajian pendengar. Kaedah survei inilah cara bagaimana stesen radio tahu anggaran jumlah pendengar  mereka.

Daripada survei berterusan inilah radio Astro dapat mengekalkan kedudukan. Mereka mengetahui hampir tepat siapa pendengar mereka, lokasi, pekerjaan, minat dan informasi lain.

Survei ini bukanlah bermaksud mereka menemu bual 500,000 orang pendengar. Sebaliknya mereka menggunakan kaedah statistik.

Jika anda serius membuat bisnes, anda perlu kenali pelanggan dan jual apa yang mereka mahu. Tiada magik dalam urusan bisnes. Bisnes adalah proses.

Sebagai usahawan yang peka, anda pasti boleh membaca apa yang pasaran mahukan. Sekadar contoh, Nestle dan Gardenia mempunyai pemilikan berbeza. Cuba perhatikan,  produk aiskrim Coconut Gula Melaka dan roti Pandan Kelapa, hampir sama bukan?

Konsultan Utama

“Sesiapa pun boleh melakukan survei tetapi hanya segelintir boleh menginterpretasi data dan membaca trend.”

Faizal Zakaria, CEO

Teliti profil Faizal di  LinkedIn