Media Legasi
Media legasi atau media tradisi seperti akhbar, majalah, televisyen dan juga radio semakin kurang digunakan. Namun semua media ini sangat penting untuk bisnes tidak kira jenis bisnes dan jumlah jualan anda dalam tempoh sebulan.
Format media massa yang sukar ditembusi itu kekal berpengaruh terutama membabitkan syarikat gergasi, konglomerat, agensi kerajaan, pembuat dasar dan bakal pelanggan dari luar negara. Mereka masih merujuk paparan berita di media massa kerana kandungan yang disiarkan telah disunting sekali gus menjadikannya sebagai berita yang ada kredibiliti. Syarikat utama di senarai Bursa Malaysia sanggup melabur ribuan ringgit asalkan syarikat mereka mendapat liputan berita daripada media legasi.
- Kredibiliti berpengaruh media massa
- Disukai enjin carian di internet
- Persepsi masyarakat lebih positif
Media sosial kekal dengan fungsinya sebagai platform memuat naik kandungan dan mempengaruhi tindakan. Bagaimanapun media massa memberi idea untuk pelanggan membuat keputusan. Sejak bertahun-tahun dahulu, masyarakat beranggapan tulisan pihak ketiga itu lebih neutral dan jujur.
Ramai pemilik bisnes meraih kepercayaan pelanggan dengan menjadikan artikel akhbar sebagai poster di kedai masing-masing. Anda akan dapat bonus jika liputan media massa diberikan dalam media bercetak atau online. Ini kerana enjin carian utama seperti Google, Bing dan Yahoo! akan membaca (crawl) media-media utama terlebih dahulu. Hal ini ni sangat membantu SEO anda. Hubungi kami untuk ketahui strategi yang kami ajarkan kepada sifu-sifu jutawan.
Ketua Konsulan
“Pemasaran menggunakan media legasi ini adalah satu seni. Hanya pakar sahaja yang arif selok belok berpencak menggunakan seni media massa”
FAIZAL ZAKARIA, CEO
Teliti profil Faizal di LinkedIn