mail3

Banyak kali hantar press release tapi tak satu pun disiarkan di newspaper

Ini mungkin solusi yang anda tercari-cari selama ini.

Solusi untuk anda mendapatkan liputan media!

TAHUN 2024, PERHUBUNGAN MEDIA KENA POWER
Gunakan Strategi Media Untuk Tingkatkan Kepercayaan Pelanggan Sekali Gus Naikkan Jualan Tahun Ini

Sila klik button ini untuk hubungi kami

Pernahkah anda alami situasi seperti di bawah?

Banyak kali hantar press release pada media.

Banyak kali call wartawan

Paling teruk!!! Tak tau nak contact siapa pun.

Tapi, tapi, tapi…

Jualan tetap di takuk lama. Tak ada peningkatan.

Lagi parah, apabila situasi sebegini pula

Duit hangus bayar ghost writer untuk buat content press release

Bisnes dah lebih lima tahun tetapi masih tak dapat lawan pesaing kerana kurang mendapat liputan media

Jenama anda bagaikan sudah hilang populariti & keyakinan dalam kalangan pengguna.

Anda nak tak, perniagaan anda jadi seperti ini?

  • Jenama anda sering disebut-sebut di bibir pelanggan.
  • Orang ramai memperkenalkan jenama anda kepada orang lain.
  • Bila sebut je jenama anda, orang akan kenal.
  • Lebih ramai orang kenal, jualan anda turut meningkat kerana ada belian berulang dan kewujudan pelanggan baru.
  • Jenama anda wujud di media arus perdana sekali gus anda jadi jenama yang dipercayai.

MEMPERKENALKAN SOLUSI PALING TEPAT

SEJAK SEKIAN LAMA​

KEMPEN MEDIA POWER 2024 MODACHI

Apa itu Kempen Media Power 2024 Modachi?

Ini adalah kempen di media arus perdana selama 6 bulan yang dijalankan oleh syarikat konsultan media, Modachi Sdn Bhd.

“Tempat dah cantik, makanan dah sedap, tapi takde orang datang.”

Ini kisah pelanggan kami.

Kami pernah ada satu pelanggan yang mengusahakan sebuah ruang yang sesuai untuk mengadakan majlis. Walaupun ruang itu sangat cantik, namun kedudukannya agak jauh dari kawasan bandar. Senang kata, lokasinya kurang strategik.

Maka, bermuram durja pelanggan kami itu ketika kami membuat lawatan ke tapak ruang penganjuran majlisnya. Walau telah diuar-uarkan di media sosial, namun bukan mudah untuk menarik perhatian pelanggan.

Lawatan kami mendapati, bukan setakat ruang yang cantik, masakan yang disediakan secara katering juga sebenarnya amat sedap. Kami melihat hal ini sebagai satu peluang untuk menarik pelanggan walaupun lokasi kawasan ini agak jauh.

Dengan menggunakan strategi kempen 6 bulan perhubungan media arus perdana, ruang majlis pelanggan kami mulai mendapat perhatian daripada orang ramai. Kami meningkatkan kepercayaan sasaran pelanggan terhadap ruang yang dimiliki.

Ruang yang cantik, suasana di tingkat paling atas bangunan, tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan hidangan cita rasa Melayu yang dihidangkan telah menjadi keunikan perniagaan pelanggan kami. Hal ini sekali gus melenyapkan isu jarak yang menjadi kekangan.

Bermula dengan ruang majlis yang sendu, kini ruang majlis pelanggan kami telah menjadi salah satu lokasi meriah untuk berbuka puasa atau sebarang penganjuran majlis termasuklah majlis perkahwinan.

KENAPA PERLU PILIH MEDIA ARUS PERDANA?

Media arus perdana mempunyai kredibiliti untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan.

Paparan di media arus perdana menjadikan perniagaan anda mempunyai nilai tinggi pada mata pembaca.

Paparan di media arus perdana selalu dianggap mahal sedangkan ianya sangat berbaloi untuk meningkatkan penjenamaan dan jualan.

KENAPA KEMPEN MEDIA POWER DIBUAT SELAMA 6 BULAN?

Perniagaan anda akan memperoleh kelebihan strategik yang besar dalam memperluaskan jangkauan serta memperkukuhkan imej korporat di mata masyarakat dan pelanggan.

Kempen perhubungan media selama enam bulan adalah langkah yang berkesan dalam membangunkan kesedaran dan kehadiran di kalangan masyarakat.

Tempoh tersebut memberi peluang yang mencukupi untuk menyampaikan mesej secara berterusan dan konsisten kepada khalayak sasaran.

Dalam tempoh enam bulan, kempen ini boleh dirancang dengan lebih terperinci dan dapat menjangkau lebih banyak lapisan masyarakat dengan pelbagai platform media. Ini memberi ruang untuk mencipta impak yang lebih mendalam dan berkekalan dalam mengubah sikap dan tingkah laku masyarakat.

APA ANDA DAPAT DALAM KEMPEN MEDIA POWER 2024 MODACHI

Kempen selama 6 bulan di media arus perdana

  • 1 to 1 sesi konsultasi
  • 1 kali media interview
  • 1 kali launching event
  • 6 kali siaran media
  • Media networking
  • Laporan PR Audit
  • 1 kali training penulisan copywriting
  • 1 kali training penulisan rencana

KEMPEN 6 BULAN INI SESUAI UNTUK ANDA YANG…

  • Ingin kekal tampil di media arus perdana selama 6 bulan pada tahun 2024.
  • Ingin jenama anda disebut-sebut oleh orang ramai.
  • Ingin tingkatkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama.
  • Ingin tingkatkan kredibiliti jenama.
  • Ingin kukuhkan jenama.
  • Tingkatkan imej koprat

MEREKA PERNAH GUNA KHIDMAT KAMI!

Pengasas Sleeves & Co, Intan Zawai

Intan Zawai mahu kelainan ketika melancarkan koleksi hari raya. Beliau tidak mampu untuk bersaing dengan jenama gergasi yang sudah ada ribuan stokis, ejen dan dropshipper. Modachi mencadangkan Intan untuk bermain dalam market semi premium dengan harga RM350 sepasang.

Cadangan kami adalah masuk dalam rangkaian runcit semi premium seperti Parkson dan Metrojaya. Namun Intan perlukan track record untuk memecah dominasi persepsi bahawa Sleeves & Co. sudah bersedia untuk memasuki pusat beli-belah. Modachi melancarkan kempen hari raya dan membawa wartawan menemu bual Intan. Berdasarkan keratan akhbar, proses memasuki Parkson jadi mudah dan lulus tanpa banyak soal. Sleeves & Co. memasuki pusat belah-belah walaupun baru setahun jagung dilancarkan.

Pengasas SimplySiti, Siti Nurhaliza

Syarikat konsultan RichWorks International Sdn Bhd berhadapan isu kredibiliti dan mahu membebaskan jenama itu daripada krisis kepercayaan. Antara yang mereka gunakan adalah bekerjasama dengan selebriti termasuk Siti Nurhaliza. Modachi dipanggil untuk mengurus media. Modachi meminta wartawan untuk bertanyakan soalan strategik yang memihak kepada klien. Hasilnya perkataan yang ditutur Siti Nurhaliza itu menjadi bahan marketing paling berjaya dan meneutralkan banyak haters RichWorks.

EZ Qurban

Syarikat penyelaras ibadah korban, EZ Qurban melancarkan brand recall melalui media apabila tiba bulan puasa. Mereka jelas dalam segmen pasaran Muslim, luar bandar dan berumur 50 tahun ke atas. Mereka menaja program Panorama yang disiarkan khusus sepanjang Ramadan.

Sebaik tamat Ramadan, barulah mereka melancarkan kempen gerila berbayar di saluran berkonsepkan Islamik dan saluran TBI (tua, berduit dan insaf) seperti Klasik FM. Ada beberapa syarikat hampir serupa mengulang guna strategi EZ Qurban dengan menggunakan slot Selamat Pagi Malaysia sebagai bahan marketing paling senang closing.

INGATLAH BAHAWA KEMPEN PERHUBUNGAN MEDIA MEMANG MEMERLUKAN BELANJA BESAR

Namun, Modachi memahami keperluan anda. Kempen media arus perdana selama 6 bulan pasti berbaloi dan memberikan nilai tinggi kepada jenama anda. Jangan sampai pelanggan ingat-ingat lupa jenama anda, barulah anda ingin buat kempen pemasaran. Rugi!

Ayuh jalankan Kempen Media Power 2024 Modachi untuk dapatkan hasil lebih baik bagi jenama anda sepanjang tahun ini.

Saya mahu berubah sekarang

Klik butang ini untuk menyelesaikan masalah kempen perhubungan media anda bersama modachi atau hubungi kami terus di talian

 +60 12-262 3977