4 Faktor Bina Imej Jenama Sekukuh Coca Cola

Jika anda ialah seorang usahawan dan ingin membina imej yang kukuh, anda boleh jadikan Coca Cola sebagai rujukan. Ini kerana Coca Cola berjaya menjadi sebuah jenama yang mempunyai imej yang kuat dan boleh mempengaruhi tingkah laku pengguna.

Walaupun produk jualannya adalah minum berkarbonat dan tinggi kandungan gula, namun Coca Cola tetap mempunyai imej yang besar serta mempunyai pengguna setia di seluruh dunia. Hal itu memang tidak dapat dipertikai. Justeru, tiada salahnya jika anda sebagai pengusaha sesebuah syarikat, menjadikan Coca Cola sebagai rujukan atau panduan bagi menaikkan imej syarikat anda.

Imej jenama adalah satu hal yang sangat penting untuk dibentuk dari awal syarikat anda beroperasi. Ini supaya jenama anda mempunyai kedudukan tersendiri dan menjadi satu jenama yang mudah diingat dan dikenali sepanjang masa.

Modachi menyenaraikan empat faktor yang menjadi sebab syarikat anda perlu memberi perhatian kepada peningkatan imej jenama.

1) MENANDINGI PESAING

Amat penting untuk anda sebagai pengusaha mengkaji apakah kekuatan pesaing. Dari situ, anda boleh mencipta kekuatan sendiri dan mencari keunikan jenama anda. Dengan adanya kekuatan dan keunikan tersebut, maka anda dengan ini dapat menjadi pilihan terbaik dalam kalangan pengguna berbanding pesaing.

2) MELAHIRKAN PELANGGAN SETIA

Pelanggan setia akan membeli berulang kali.

Satu lagi faktor utama yang menjadi sebab syarikat anda perlu meningkatkan imej jenama adalah untuk melahirkan lebih ramai pelanggan setia. Tanpa imej yang baik, pelanggan pastinya akan meninggalkan jenama anda dan beralih kepada produk pesaing.

3) KUAT DI PASARAN

Berada di pasaran dengan kedudukan kukuh adalah amat bagus bagi sesuatu jenama. Ini menunjukkan bahawa produk anda mendapat sambutan dan sentiasa mempunyai permintaan. Atas sebab itulah jenama anda kuat. Tanpa kekuatan imej jenama, mustahil untuk anda mendapat kedudukan kuat di pasaran.

4) MENINGKATKAN PENGARUH

Pengaruh adalah satu kuasa besar terhadap khalayak yang membolehkan anda dan jenama anda meneroka dunia lebih luas. Kekuatan pengaruh amat diperlukan supaya jenama boleh pergi lebih jauh di pasaran. Objektif meningkat pengaruh adalah anda dapat menguasai harga sekali gus meningkatkan keuntungan.

BAGAIMANA COCA COLA MENGUASAI IMEJ JENAMA?

Iklan Coca Cola selalunya berkongsepkan perkongsian kegembiraan.

Coca Cola adalah contoh jenama yang mempunyai imej sangat berkuasa. Selama bertahun-tahun di pasaran, Coca Cola membina imej sebagai jenama yang mewakili kebahagiaan, keseronokan dan detik manis kehidupan yang menarik untuk dikongsi.

Hal ini dapat dilihat melalui kempen-kempen iklan Coca Cola. Antaranya;

1) Kempen pemasaran misalnya iklan di televisyen yang disiarkan bersempena perayaan Aidilfitri atau Tahun Baru China di tanah air kita kerap menggambarkan bahawa Coca Cola dapat mencipta situasi raya yang menggembirakan. Hal ini menggalakkan orang ramai meraikan perayaan untuk mencipta kegembiraan dengan minuman Coca Cola.

2) Coca Cola juga kerap menaja acara bertaraf dunia misalnya Sukan Olimpik dan Piasa Dunia FIFA. Hal ini mengukuhkan jenamanya yang dikaitkan dengan kegembiraan, perpaduan dan semangat kesukanan.

BAGAIMANA SYARIKAT ANDA BOLEH TIRU GAYA COCA COLA?

Modachi menyarankan anda lakukan empat perkara ini untuk membangunkan imej jenama anda.

1) Bina kredibiliti terlebih dahulu. Walaupun syarikat anda bersaiz kecil namun usah lupa mengenai kredibiliti kerana ianya amat penting. Kredibiliti dapat menguatkan kepercayaan pelanggan baru. Usah lakukan pemasaran bercorak bad marketing kerana kredibiliti anda akan hancur dalam sekelip mata.

2) Anda perlu tampil berbeza. Jangan jadi sama saja dengan orang lain. Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif, jadi berbeza adalah satu kemestian. Lakukan penyelidikan terhadap pesaing dan jadilah lebih menonjol supaya anda menjadi pilihan pelanggan.

3) Imej jenama yang kukuh boleh dicipta dengan menarik lebih ramai pembeli menjadi pelanggan setia. Pastikan pelanggan anda menjadi pelanggan berulang.

Kesimpulannya, membina imej jenama bukanlah satu perkara mudah tetapi tidak mustahil. Kekuatan imej jenama memberikan 1,001 manfaat kepada syarikat anda. Hal ini menjadikan pelanggan mengenali dan paling utama mengingati jenama anda walau zaman telah berubah dan beralih kepada generasi baru.

Untuk membina imej jenama, anda perlukan pelaburan besar. Lantiklah konsultan berpengalaman untuk membantu menjayakan kempen-kempen pemasaran anda.