Apabila TikTok mula-mula diperkenalkan kepada khalayak, semua video dihadkan pada 15 saat sahaja. Memang sangat pendek durasinya. Idea utama di sebalik video pendek adalah untuk menarik perhatian pengguna. Anda boleh scroll berpuluh-puluh video dalam satu minit dengan lautan konten yang tidak akan pernah habis.
Walaupun kandungan TikTok yang menarik perhatian dan scroll yang tiada had masih dikekalkan, panjang videonya telah berubah. TikTok telah mencabar kandungan bentuk panjang dalam usaha untuk bersaing dengan platform video besar seperti YouTube.
Berapakah Maksimum Durasi TikTok?
Apabila merakam video untuk TikTok, anda akan dapati terdapat beza tempoh masa di atas butang rekod. Ini adalah tempoh panjang video yang ditetapkan dan ini menentukan maksimum durasi video TikTok boleh dimuat naik. Pengguna boleh memilih daripada durasi video TikTok ini:
- 15 saat
- 60 saat
- 10 minit
- 30 minit
Tidak semua pengguna mempunyai akses kepada video yang durasinya 10 minit dan 30 minit. Jika anda tidak melihat durasi tersebut di atas butang rekod anda, ini bermakna anda tidak boleh merakam video 10 atau 30 minit dalam aplikasi tersebut. Namun masih boleh memuat naik rakaman ke TikTok yang anda rakam di tempat lain.
Selain itu, tiada juga had minimum durasi video. Anda boleh menyiarkan video yang panjangnya hanya 1 saat tetapi disyorkan supaya video melebihi 3 saat supaya tidak kena shadowbanned. Kandungan yang durasinya terlalu pendek dianggap sebagai video berkualiti rendah oleh TikTok. Garis panduan komuniti TikTok dikuatkuasakan terhadap video yang sangat pendek, menjadikannya tidak layak untuk berada dalam for you page (FYP).
TikTok LIVE
Jika akaun mempunyai lebih 1,000 pengikut, pengguna mempunyai akses kepada TikTok LIVE. Ini bermaksud, TikTok membolehkan pengguna membuat siaran langsung daripada aplikasi TikTok. Pengguna boleh berinteraksi dengan pengikut, bekerjasama dengan creators dan mengambil bahagian dalam aktiviti lain yang menyeronokkan seperti menjadi guest-host atau pemberian hadiah maya.
Strim TikTok LIVE tidak mempunyai had masa. Malah TikTok menyediakan cara yang ideal untuk anda sebagai creator berinteraksi dengan pengikut anda. Walau bagaimanapun, TikTok suka jika anda membuat siaran LIVE lebih daripada 30 minit. Semua video LIVE anda akan kekal di feed sehingga 90 hari selepas strim.
TikTok Stories
TikTok Stories membolehkan pengguna menyiarkan video atau imej sepanjang 15 saat. TikTok Stories bersifat sementara dan hanya bertahan selama 24 jam.
Berapakah Durasi Video TikTok Yang Anda Sepatutnya Tetapkan?
Sejak TikTok dilancarkan pada 2016, aplikasi ini sentiasa dalam pembangunan sebagai satu usaha untuk penambahbaikan. Pencipta aplikasi tersebut, ByteDance, kerap mengubah suai algoritma, menambah dan menukar ciri seperti filter, jenis siaran serta durasi video. Pasukan produk TikTok sentiasa menjalankan ujian untuk menentukan ciri baharu yang diperkenalkan itu bakal popular atau diterima pakai secara berskala.
Menetapkan durasi ideal bagi video TikTok tidak mudah. Semuanya bergantung kepada algoritma TikTok itu sendiri. Algoritma berfungsi mencari isyarat untuk menunjukkan konten yang menjadi pilihan pengguna.
Sebagai contoh, jika lebih ramai pengguna meluangkan masa pada video 15 saat berbanding video 60 saat, algoritma mungkin bertindak balas dengan mengesyorkan lebih banyak video 15 saat. Minat atau tingkah laku pengguna sentiasa berubah dengan pantas. Creators mesti bersedia menyesuaikan diri dengan corak tingkah laku pengikut mereka yang sentiasa berubah.
TikTok tidak mendedahkan durasi video yang optimum tetapi mengesyorkan untuk upload video berdurasi lebih 30 saat. Video yang termasuk dalam tempoh masa ini cenderung mendapat tontonan terbanyak dan kadar penglibatan tertinggi.
Minat Pengguna TikTok
Walaupun TikTok menyarankan video 30 saat ke atas, namun dalam masa yang sama, algoritma TikTok menunjukkan video yang lebih pendek turut menjadi kegemaran pengguna. Video berdurasi 10, 15 atau 20 saat boleh menjadi cara terbaik untuk menjangkau kebanyakan pengguna TikTok. Jangka perhatian yang singkat digunakan untuk penggunaan kandungan secara menyeluruh, jadi video TikTok anda boleh digunakan semula untuk semua platform media sosial.
Penonton Sasaran
Jika ingin mendapat perhatian di TikTok, anda mesti memahami khalayak sasaran. Bergantung pada pilihan penonton, durasi ideal video mungkin berbeza. Sebagai contoh, jika akaun membuat review untuk alat atau produk teknologi, pengguna mungkin tidak memasukkan ulasan penuh ke dalam klip 30 saat. Dalam kes ini, khalayak mungkin terbuka kepada konten yang lebih panjang.
Pengguna juga boleh menyemak saluran pesaing dan ambil perhatian tentang perkara yang mereka lakukan dengan betul. Di TikTok, pengguna boleh melihat dengan mudah berapa banyak tontonan setiap video. Terokai hashtag popular dan analisis konten yang mempunyai paling banyak tontonan. Ini akan memberi idea yang baik.
Masa Posting
Waktu dipilih untuk membuat posting juga boleh mempengaruhi tempoh durasi video TikTok yang sesuai. Sebagai contoh, jika khalayak sasaran adalah profesional berumur 24 hingga 35 tahun, mereka mungkin tidak mempunyai masa untuk menonton video panjang semasa waktu kerja. Selain itu, jenis konten yang anda hasilkan akan menentukan panjang video. Konten yang mempunyai unsur humor dan menghiburkan sangat digemari oleh pengguna TikTok. Jenis video ini biasanya pendek dan berdurasi beberapa saat sahaja.
TikTok juga terkenal dengan trend viralnya seperti tarian dan tutorial voice over. Banyak perniagaan memerhatikan konten yang menjadi viral dan cuba menciptanya semula untuk meningkatkan penglibatan. Sebaliknya, video pendidikan, panduan cara atau pengajaran mungkin berjalan lebih lama dengan ketara. Kandungan jenis ini memerlukan durasi lebih panjang untuk menambah nilai kepada khalayak.
Kesimpulannya, perhatikan objektif yang hendak dicapai melalui jenis perniagaan anda sebelum menetapkan berapa durasi yang sesuai untuk anda. Durasi video yang berbeza boleh memberi manfaat kepada perniagaan anda. Adalah disarankan untuk menjalankan test run dan menganalisis data sendiri. Sentiasa berpandukan kepada ‘lebih pendek adalah lebih baik’. Walaupun video anda lebih panjang tempohnya misalnya lebih daripada 30 saat, pastikan untuk potong klip yang tidak penting supaya lebih padat.