Waktu Terbaik Posting Video TikTok Supaya Lebih Mudah FYP

TikTok telah muncul sebagai satu inovasi yang menarik minat jutaan pengguna media sosial dengan gaya video pendek bercita rasa kreatif dengan pelbagai features. Platform ini bermula dengan paparan video lucu kepada rutin tarian yang memukau dan kini banyak video berinformasi daripada tenaga pakar boleh ditemui. Pendek kata, TikTok telah menjadi platform bagi sesiapa sahaja untuk menjadi terkenal dan juga berjaya dalam perniagaan online. 

Memandangkan TikTok semakin relevan untuk membina populariti jenama diri dan produk, kita sebagai pengguna perlu memahami platform TikTok itu sendiri. Membuat posting TikTok tepat pada masanya boleh membawa perbezaan sama ada video itu viral atau tidak di for you page (FYP).

MASA PALING SESUAI UNTUK POST MENGIKUT HARI

Masa terbaik untuk post di TikTok bergantung kepada jenis akaun TikTok anda termasuk jenis konten yang anda buat. Untuk hasil terbaik, anda perlu menganalisis dan memahami zon waktu khalayak sasaran, lokasi dan waktu paling banyak pengikut anda aktif menggunakan TikTok.

Betulkah ada masa terbaik untuk buat posting video di TikTok? Jom baca saranan yang Modachi sediakan mengikut hari.

ISNIN 

Masa terbaik untuk membuat posting di TikTok pada hari Isnin adalah pada awal pagi. Dicadangkan untuk bermula sekitar pukul 6 pagi sebelum orang ramai berulang-alik ke tempat kerja. Kemudian sekali lagi pada pukul 10 pagi sebelum lunch break mereka dan pada pukul 10 malam iaitu waktu sebelum mereka tidur.

SELASA

Pada hari Selasa, masa terbaik untuk post di TikTok ialah pada waktu subuh supaya pengguna dapat melihat video anda pada waktu pagi. Kemudian sekali lagi, buat posting pada pukul 9 pagi sebelum memulakan kerja atau kelas bagi mahasiswa. Pada hari Selasa, pengguna lebih cenderung untuk menghabiskan lebih banyak masa di media sosial berbanding dengan hari Isnin.

Video yang FYP di TikTok memungkinkan pemiliknya menjadi popular sekelip mata.

RABU

Masa terbaik untuk membuat posting di Tiktok pada hari Rabu ialah antara pukul 7 pagi dan 8 pagi. Hal ini membolehkan follower TikTok anda tiba di pejabat sambil menonton video anda. Jika anda pemilik perniagaan online, boleh juga membuat posting video sekitar pukul 9 malam kerana dianggarkan bahawa follower anda telah berehat di rumah.

KHAMIS

Pada hari Khamis, pengguna harus mempertimbangkan untuk post di TikTok sekitar pukul 9 pagi apabila khalayak sasaran berulang-alik dan mempunyai masa untuk skrol profil mereka. Selain itu, pemilik perniagaan online juga boleh post di TikTok sebelum waktu lunch break sekitar jam 12 tengah hari.

JUMAAT 

Hari Jumaat cenderung menjadi hari yang paling kurang produktif dalam seminggu, terutamanya pada sebelah petang. Jadi, disarankan anda post di Tiktok sebelum follower anda pergi ke tempat kerja, sekitar pukul 6 pagi. Sekali lagi posting video dibuat pada sebelah petang iaitu pada pukul 1 petang. 

SABTU 

Apabila hendak membuat posting di TikTok pada hari Sabtu, anda perlu faham hari Sabtu adalah hari kebanyakan follower anda berehat hujung minggu. Dengan mengambil kira perkara ini, anda disarankan untuk membuat posting pada pukul 9 pagi dan kemudian sekitar jam 6 petang apabila mereka pulang daripada aktiviti hujung minggu mereka.

AHAD 

Posting video TikTok mengikut kepada rutin harian follower anda.

Ahad agak serupa dengan hari Sabtu. Namun, anda boleh mempertimbangkan untuk membuat posting lebih awal seperti 8 pagi. Kemudian sekali lagi sekitar pukul 3 petang apabila pengguna berada di rumah berehat dan bersiap untuk bekerja keesokan harinya.

Itulah saranan yang boleh kami berikan untuk anda membuat posting terbaik dari segi masa. Perlu diingat bahawa faktor terbaik membuat posting video TikTok bergantung kepada dua faktor iaitu:

  1. Jenis industri anda atau jenis konten yang anda buat.
  2. Minat khalayak iaitu kecenderungan follower anda.

Sebagai contoh, konten FYP daripada brand lipstik ABC tidak FYP apabila dimuat naik oleh lipstik XYZ. Selain itu, konten memasak menggunakan dapur arang brand kambing perap XXX boleh jadi FYP namun apabila brand kambing perap YYY membuat konten memasak menggunakan dapur arang, konten itu tidak FYP. Ini kerana, setiap brand mempunyai khalayak sasaran dalam zon waktu yang berbeza.

Kesimpulannya, pemilik perniagaan online boleh menggunakan analisis untuk menentukan masa follower anda paling aktif dan tentukan masa terbaik untuk membuat posting bagi aktiviti khalayak anda. Semoga sukses!