Buka Kedai Kopi Depan Rumah, Ini Kaedah Pemasaran Bawah RM100 Untuk Seminggu!

Jika anda tinggal di kawasan kejiranan yang ramai penduduk misalnya di rumah teres, membuka gerai kecil menjual kopi dan dessert adalah satu perkara yang boleh difikirkan untuk menjana pendapatan.

Pun begitu, walaupun perniagaan kecil-kecilan, anda tetap perlu memikirkan kaedah pemasaran terbaik supaya gerai kopi anda mendapat sambutan masyarakat sekeliling.

Modachi tunjukkan kaedah pemasaran pada harga serendah RM100 bagi kempen selama seminggu.

1) KEMPEN MEDIA SOSIAL

Pemasaran pada kos minimum terbaik adalah media sosial. Gunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram atau TikTok untuk mempromosikan gerai kopi. Caranya adalah kongsikan gambar menarik mengenai kopi yang anda jual. Kongsi juga video.

Berceritalah mengenai cita rasanya, harumannya dan apa keistimewaan kopi anda. Gambar dan teks berstrategi pasti dapat menarik perhatian masyarakat setempat.

Jangan lupa letakkan pin lokasi anda. Gunakan Google maps sebaik mungkin. Mudahkan masyarakat setempat untuk pergi ke gerai kopi anda. Paling penting, nyatakan harga dalam setiap posting anda di media sosial itu.

2) FLYERS

Dengan bajet kurang daripada RM100, anda boleh membuat design dan cetak flyers. Anda hanya perlu pergi ke sekitar kawasan berdekatan dan berikan orang ramai flyers tersebut.

Dengan adanya flyers, orang ramai boleh baca dan tahu produk jualan anda. Jangan lupa masukkan akaun media sosial anda dalam flyers itu supaya mereka boleh pula pergi ke akaun media sosial anda untuk dapatkan maklumat lanjut.

3) KERJASAMA SETEMPAT

Satu lagi cara adalah anda boleh bekerjasama dengan pihak berkepentingan di sekitar anda. Misalnya dengan kedai serbaneka dan masjid atau surau. Letakkan brosur anda. Boleh juga letakkan bunting anda di situ supaya orang ramai boleh lihat mengenai gerai kopi anda.

4) PROMOSI MELALUI WHATSAPP

Gunakan aplikasi pesanan seperti WhatsApp untuk menghantar promosi langsung kepada rakan-rakan atau kenalan anda. Pastikan untuk meminta izin terlebih dahulu sebelum menghantar promosi untuk mengelakkan sebarang kesan negatif antara anda dengan individu yang menerima promosi tersebut.

5) PROMOSI AWAL (EARLY BIRD)

Mengadakan promosi awal juga antara strategi berkesan untuk menggalakkan orang ramai mencuba produk anda. Boleh buat promosi diskaun 50 peratus dalam tempoh tertentu.

Misalnya, diskaun 50 peratus pembelian kopi dari jam 10 pagi hingga 3 petang pada Isnin, 12 Januari 2023. Hal ini anda perlu mengira kos secara teliti supaya tidak berlaku kerugian besar dengan promosi tersebut. Tujuannya adalah untuk menggalakkan orang ramai mencuba kopi anda dan tertarik dengan cita rasanya.

Kesimpulannya, manfaatkan kaedah pemasaran ini dengan bijak. Jimatkan kos pemasaran seandainya memang kita masih baru dalam perniagaan. Apatah lagi perniagaan kecil-kecilan seperti gerai kopi di depan rumah. Jangan lupa untuk sentiasa berinteraksi dengan pelanggan secara mesra dan supaya mereka suka untuk datang kembali ke gerai kopi anda pada masa akan datang.