4 Strategi Pemasaran Diri Sebagai Penulis

Pada hari ini, aktiviti menulis boleh menjadi sebagai satu platform perniagaan untuk mendapatkan sumber kewangan. Kewujudan golongan penulis upahan termasuklah penulis konten, ramai yang menyediakan servis menulis untuk mendapatkan upah.

Justeru, jika anda ingin menulis dan menjadikannya penulisan sebagai kerjaya, anda perlu bijak mengatur strategi pemasaran untuk menjadikan servis anda lebih mudah dilihat. Sama juga isunya dengan pelbagai perniagaan lain. Anda tidak boleh meninggalkan pemasaran selagi namanya adalah perniagaan.

Sebagai penulis, anda perlu menganggap diri anda sebagai produk. Anda perlu pasarkan diri anda supaya lebih ramai orang mengenali anda sebagai individu yang menyediakan servis menulis.

Jom kita lihat bagaimana hendak memasarkan diri sebagai penulis.

1) BUAT WEBSITE ATAU BLOG

Website atau blog adalah salah satu platform yang anda harus miliki. Gunakan nama anda sebagai alamat domain. Kemudian pilihlah domain kegemaran misalnya dotcom atau dotmy. Belajarlah menulis dengan baik dan paparkan tulisan anda di blog untuk menarik lebih ramai pengguna Google menemui anda.

2) AKTIF MENULIS DI MEDIA SOSIAL

Untuk memasarkan diri sebagai penulis, aktif di media sosial adalah satu kemestian. Pilih sama ada facebook, YouTube, TikTok atau Instagram. Bagi saya sendiri, facebook adalah pilihan utama kerana ramai pengguna media sosial yang suka penulisan berada di facebook.

Latih diri menulis dan objektif penulisan di media sosial adalah untuk menjenamakan diri sebagai penulis. Tulis konten yang cenderung untuk menonjolkan kebolehan anda melalui genre penulisan yang anda tawarkan kepada bakal pelanggan.

3) TAMBAH ILMU

training, modachi

Sebagai individu yang hendak berjinak-jinak dengan perniagaan dalam penulisan, anda perlu rajin menambah ilmu demi memahami corak industri. Sama juga seperti perniagaan lain, kita perlu mengetahui corak pasaran dan perjalanan industri itu sendiri.

Menyertai kursus, anda dapat mengetahui apa yang berlaku pada hari ini dalam industri yang anda hendak ceburi. Maka di sinilah anda dapat menyediakan servis yang relevan untuk pelanggan.

4) PERGAULAN

Bergaul dengan sesama individu dalam industri penulisan memberikan banyak manfaat. Selain dapat bertukar-tukar pengalaman, anda juga boleh berpeluang mendapat job yang barangkali mereka tidak dapat hendak lakukan.

Justeru, bolehlah sama-sama menumpang rezeki yang diberikan.

Ini adalah empat saranan pemasaran diri sebagai penulis. Ada pelbagai penerangan yang lebih lengkap untuk anda menjenamakan diri sebagai penulis yang boleh anda dapatkan dalam buku PROWRITER yang diterbitkan oleh MODACHI.

Ingin dapatkan buku PROWRITER? Boleh klik di sini (saya nak buku PROWRITER)