Pascapandemik: Ini Cara Mulakan Perniagaan Elak Risiko

Dalam era pascapandemik ini, masih banyak sektor masih cuba menaikkan kembali keadaan ekonomi mereka. Begitu jugalah dengan individu. Kita semua masih dalam fasa mengukuhkan ekonomi selepas banyak yang tidak disangka berlaku ketika pandemik dua tahun lalu.

Justeru, jika anda ingin memulakan perniagaan, pilihlah sesuatu perniagaan yang boleh mengurangkan risiko kerugian.

Berikut adalah panduan untuk memulakan perniagaan pada era pascapandemik.

1) KENAL PASTI TREND PERNIAGAAN TERKINI

Anda perlu mahir dengan aplikasi online misalnya mesyuarat.

Anda perlu kenal pasti trend perniagaan terkini. Gabungkan dengan gaya perniagaan anda sebelum ini. Jika dahulu anda banyak berniaga dengan cara bersemuka, anda perlu menguasai trend perniagaan terkini yang banyak menggunakan sistem online.

Misalnya anda dahulu tiada sistem bayaran online, kini anda perlu memudahkan cara pembayaran secara online kerana semakin ramai yang selesa membuat pembayaran secara online.

2) RANCANG DENGAN TELITI

Pascapandemik memungkinkan berlakunya pelbagai situasi yang tidak terjangka. Justeru anda perlu rancang dengan teliti setiap aktiviti yang hendak dijalankan. Anda perlu jelas dengan tujuan bisnes, model bisnes yang hendak dijalankan, strategi pemasaran, anggaran modal diperlukan dan juga analisa SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan juga persaingan).

3) MANFAATKAN ONLINE

Berhentilah menganggap media sosial ini hanyalah sekadar tempat lepak di alam maya. Sebenarnya media sosial boleh dijadikan lubuk tempat mencari rezeki. Gunakan media sosial dengan strategi yang betul supaya anda boleh mendapat wang daripada platform ini.

4) BERSEDIA UNTUK BERUBAH

Membuat bisnes pada zaman pascapandemik memang berisiko sebenarnya. Justeru, anda perlu bersedia untuk berubah demi menyesuaikan dengan keadaan. Misalnya, jika tidak boleh bersemuka dengan pelanggan, and aperlu memikirkan cara untuk penghantaran yang efisien.

5) BERLAPANG DADA 

Dalam era pascapandemik, anda perlu banyak berlapang dada. Jangan ego untuk menerima bantuan daripada mana-mana organisasi sekiranya anda dalam keadaan memerlukan. Hal ini boleh mengurangkan risiko anda mengalami kerugian dengan lebih banyak lagi.

6) LUASKAN JARINGAN KENALAN

Networking adalah hal yang sangat penting ketika era pandemik sebegini. Lebih banyak kenalan maka hal ini boleh membantu anda untuk mendapatkan saranan daripada kenalan. Malah, ada kenalan yang boleh membantu walau berjauhan. Manalah tahu bisnes anda perlu berada di lokasi yang jaraknya sejauh 300 km. Justeru, kenalan anda mungkin boleh bantu selesaikan.

Kesimpulannya, berniaga adalah salah satu cara untuk mendapatkan rezeki. Kurangkan masalah dalam perniagaan supaya aktiviti anda lebih lancar dan menyeronokkan. Risiko kerugian perlu diteliti sebaik mungkin.

Ingin khidmat nasihat bagi strategi pemasaran? Boleh hubungi Modachi Sdn Bhd. Team kami sedia membantu.