Solusi untuk anda mendapatkan liputan media!
TAHUN 2024, PERHUBUNGAN MEDIA KENA POWER
Gunakan Strategi Media Untuk Tingkatkan Kepercayaan Pelanggan Sekali Gus Naikkan Jualan Tahun Ini
Sila klik button ini untuk hubungi kami
Banyak kali hantar press release pada media.
Banyak kali call wartawan
Paling teruk!!! Tak tau nak contact siapa pun.
Duit hangus bayar ghost writer untuk buat content press release
Bisnes dah lebih lima tahun tetapi masih tak dapat lawan pesaing kerana kurang mendapat liputan media
Jenama anda bagaikan sudah hilang populariti & keyakinan dalam kalangan pengguna.
Apa itu Kempen Media Power 2024 Modachi?
Ini adalah kempen di media arus perdana selama 6 bulan yang dijalankan oleh syarikat konsultan media, Modachi Sdn Bhd.
Ini kisah pelanggan kami.
Kami pernah ada satu pelanggan yang mengusahakan sebuah ruang yang sesuai untuk mengadakan majlis. Walaupun ruang itu sangat cantik, namun kedudukannya agak jauh dari kawasan bandar. Senang kata, lokasinya kurang strategik.
Maka, bermuram durja pelanggan kami itu ketika kami membuat lawatan ke tapak ruang penganjuran majlisnya. Walau telah diuar-uarkan di media sosial, namun bukan mudah untuk menarik perhatian pelanggan.
Lawatan kami mendapati, bukan setakat ruang yang cantik, masakan yang disediakan secara katering juga sebenarnya amat sedap. Kami melihat hal ini sebagai satu peluang untuk menarik pelanggan walaupun lokasi kawasan ini agak jauh.
Dengan menggunakan strategi kempen 6 bulan perhubungan media arus perdana, ruang majlis pelanggan kami mulai mendapat perhatian daripada orang ramai. Kami meningkatkan kepercayaan sasaran pelanggan terhadap ruang yang dimiliki.
Ruang yang cantik, suasana di tingkat paling atas bangunan, tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan hidangan cita rasa Melayu yang dihidangkan telah menjadi keunikan perniagaan pelanggan kami. Hal ini sekali gus melenyapkan isu jarak yang menjadi kekangan.
Bermula dengan ruang majlis yang sendu, kini ruang majlis pelanggan kami telah menjadi salah satu lokasi meriah untuk berbuka puasa atau sebarang penganjuran majlis termasuklah majlis perkahwinan.
Media arus perdana mempunyai kredibiliti untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan.
Paparan di media arus perdana menjadikan perniagaan anda mempunyai nilai tinggi pada mata pembaca.
Paparan di media arus perdana selalu dianggap mahal sedangkan ianya sangat berbaloi untuk meningkatkan penjenamaan dan jualan.
Perniagaan anda akan memperoleh kelebihan strategik yang besar dalam memperluaskan jangkauan serta memperkukuhkan imej korporat di mata masyarakat dan pelanggan.
Kempen perhubungan media selama enam bulan adalah langkah yang berkesan dalam membangunkan kesedaran dan kehadiran di kalangan masyarakat.
Tempoh tersebut memberi peluang yang mencukupi untuk menyampaikan mesej secara berterusan dan konsisten kepada khalayak sasaran.
Dalam tempoh enam bulan, kempen ini boleh dirancang dengan lebih terperinci dan dapat menjangkau lebih banyak lapisan masyarakat dengan pelbagai platform media. Ini memberi ruang untuk mencipta impak yang lebih mendalam dan berkekalan dalam mengubah sikap dan tingkah laku masyarakat.
Kempen selama 6 bulan di media arus perdana
Pengasas Sleeves & Co, Intan Zawai
Intan Zawai mahu kelainan ketika melancarkan koleksi hari raya. Beliau tidak mampu untuk bersaing dengan jenama gergasi yang sudah ada ribuan stokis, ejen dan dropshipper. Modachi mencadangkan Intan untuk bermain dalam market semi premium dengan harga RM350 sepasang.
Cadangan kami adalah masuk dalam rangkaian runcit semi premium seperti Parkson dan Metrojaya. Namun Intan perlukan track record untuk memecah dominasi persepsi bahawa Sleeves & Co. sudah bersedia untuk memasuki pusat beli-belah. Modachi melancarkan kempen hari raya dan membawa wartawan menemu bual Intan. Berdasarkan keratan akhbar, proses memasuki Parkson jadi mudah dan lulus tanpa banyak soal. Sleeves & Co. memasuki pusat belah-belah walaupun baru setahun jagung dilancarkan.
Pengasas SimplySiti, Siti Nurhaliza
Syarikat konsultan RichWorks International Sdn Bhd berhadapan isu kredibiliti dan mahu membebaskan jenama itu daripada krisis kepercayaan. Antara yang mereka gunakan adalah bekerjasama dengan selebriti termasuk Siti Nurhaliza. Modachi dipanggil untuk mengurus media. Modachi meminta wartawan untuk bertanyakan soalan strategik yang memihak kepada klien. Hasilnya perkataan yang ditutur Siti Nurhaliza itu menjadi bahan marketing paling berjaya dan meneutralkan banyak haters RichWorks.
EZ Qurban
Syarikat penyelaras ibadah korban, EZ Qurban melancarkan brand recall melalui media apabila tiba bulan puasa. Mereka jelas dalam segmen pasaran Muslim, luar bandar dan berumur 50 tahun ke atas. Mereka menaja program Panorama yang disiarkan khusus sepanjang Ramadan.
Sebaik tamat Ramadan, barulah mereka melancarkan kempen gerila berbayar di saluran berkonsepkan Islamik dan saluran TBI (tua, berduit dan insaf) seperti Klasik FM. Ada beberapa syarikat hampir serupa mengulang guna strategi EZ Qurban dengan menggunakan slot Selamat Pagi Malaysia sebagai bahan marketing paling senang closing.
Namun, Modachi memahami keperluan anda. Kempen media arus perdana selama 6 bulan pasti berbaloi dan memberikan nilai tinggi kepada jenama anda. Jangan sampai pelanggan ingat-ingat lupa jenama anda, barulah anda ingin buat kempen pemasaran. Rugi!
Ayuh jalankan Kempen Media Power 2024 Modachi untuk dapatkan hasil lebih baik bagi jenama anda sepanjang tahun ini.
Klik butang ini untuk menyelesaikan masalah kempen perhubungan media anda bersama modachi atau hubungi kami terus di talian