Patagonia Raih Nilai Jenama Terbaik daripada Pelanggan

Dalam perniagaan, perihal value (nilai) amat diambil berat. Perniagaan perlu sentiasa ada value, pelanggan perlu mendapat lebih value daripada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dan setiap pekerja perlu sentiasa memberi value kepada syarikat serta pelanggan.

Nah, nampak begitu besar manfaatnya sebuah nilai kepada perniagaan, bukan? Justeru, jangan abaikan aspek nilai jenama kerana ianya memberi kesan besar kepada perniagaan anda.

Sebagai contoh, syarikat pembekal pakaian outdoor jenama Patagonia ialah sebuah syarikat yang mempunyai nilai jenama kukuh di mata dunia. Jenama ini memberikan value yang bukan sedikit kepada pelanggan dan juga dunia keseluruhannya.

Misalnya, Patagonia menggunakan strategi pemasaran inovatif yang menumpukan kepada kelestarian alam sekitar. Syarikat ini menghasilkan produk yang mesra alam sekitar demi menjaga dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Patagonia mementingkan produk yang mesra alam sekitar supaya tidak berlaku pencemaran terhadap alam.

Bukan hanya memberi nilai kepada alam, Patagonia turut memberi nilai besar kepada pekerjanya. Menurut laporan akhbar Harian Metro, 17 September 2022, pengasas Patagonia, Yvon Chouinard telah memindahkan pemilikannya terhadap syarikat itu kepada organisasi yang bukan bermotifkan keuntungan.

Ada dua sebab utama mengapa Chouinard berbuat demikian. Jom kita lihat sebab musababnya.

1) Chouinard ingin Patagonia bebas untuk memastikan keuntungan sebanyak RM450 juta setahun digunakan untuk memerangi perubahan iklim dan melindungi tanah yang belum dibangunkan di seluruh dunia.

2) Chouinard boleh juga menjual syarikatnya dan kemudian menderma semua wang. Namun beliau tidak buat sedemikian kerana tidak dapat memastikan pemilik baharu boleh mengekalkan nilai asal Patagonia dan memastikan semua pekerja di seluruh dunia tetap mempunyai pekerjaan.

Hal ini menunjukkan bahawa Patagonia bukan mementingkan keuntungan semata-mata. Namun syarikat ini memberi value kepada alam sekitar dan juga menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya.

Kesan Baik Pengukuhan Nilai Jenama

Nilai jenama meningkatkan tahap berdaya saing terhadap jenama pesaing.

1) Nilai jenama memberi kesan baik terhadap prestasi kewangan syarikat kerana ianya meningkatkan kesetiaan pelanggan.

2) Pelabur selalunya mengambil kira nilai jenama apabila membuat keputusan pelaburan. Nilai jenama anda yang tinggi mampu menarik lebih banyak pelabur berkualiti sekali gus meningkatkan keuntungan syarikat.

3) Nilai jenama sesebuah syarikat menjadikan syarikat lebih berdaya saing. Ianya menjadikan jenama anda berbeza dan mendapat perhatian berbanding syarikat pesaing.

4) Persepsi positif syarikat anda meningkat dengan adanya nilai jenama yang kukuh. Ini kerana pandangan khalayak kepada jenama anda sangat tinggi di samping menghormati visi dan misi syarikat anda.

Justeru, jika anda mempunyai sebuah syarikat, carilah cara terbaik untuk meningkatkan nilai jenama. Hal ini amat membantu anda mengorak langkah dengan lebih baik dalam perjalanan bisnes anda.

Nilai yang tinggi memberikan keyakinan kepada seluruh khalayak untuk mempercayai jenama anda sekali gus meningkatkan rasa hormat terhadap pegangan syarikat anda secara keseluruhan.