6 Langkah Petronas Cipta Kedudukan Jenama Membanggakan

Sesebuah jenama itu dikatakan amat kukuh apabila mempunyai kedudukan yang stabil. Justeru, bagaimana cara untuk sesebuah jenama itu mendapat kedudukan stabil? Modachi melihat sebuah jenama Malaysia iaitu Petronas mempunyai kedudukan jenama yang amat membanggakan.

Jenama Petronas dilihat tinggi bukan sahaja pada mata masyarakat tempatan, malah turut dalam kalangan masyarakat luar. Kedudukan jenama merujuk kepada proses mencipta imej dan identiti tersendiri. Ianya melibatkan mengenal pasti ciri unik sesuatu jenama dan membezakannya daripada pesaing.

Secara ringkasnya, kedudukan jenama yang berkesan memastikan sesuatu jenama itu menduduki tempat yang khusus dalam pasaran sasaran sehingga menjadikannya lebih menarik dan diingati oleh pengguna.

Petronas turut mengungguli kedudukan jenama melalui warna sehingga ada yang menyebut warna hijau Petronas.

Kredibiliti Petronas Cipta Kedudukan Jenama

Modachi berikan sedikit pandangan mengenai kredibiliti Petronas sehingga syarikat ini mempunyai kedudukan jenama yang kukuh sehingga layak menjadi role model untuk syarikat lain.

1) Kedudukan Global
Petronas dikenali di dalam dan di luar negara sebagai antara syarikat minyak dan gas terbesar di dunia. Asbab dikenali, maka reputasi Petronas menjadi kukuh dan keupayaannya sebagai syarikat yang mampu bersaing terserlah.

2) Inovasi dan Teknologi
Petronas menjadikan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai satu aktiviti yang amat dititikberatkan. Syarikat ini menekankan inovisi dan teknologi dalam setiap operasinya.

3) Pembangunan Modal Insan
Petronas mempunyai program pembangunan modal insan yang komprehensif. Hal ini termasuk biasiswa dan latihan untuk pelajar serta kakitangannya. Program sebegini menjadikan Petronas berpeluang memiliki modal insan yang berkualiti tinggi untuk menyokong pertumbuhan syarikat yang baik.

4) Tanggungjawab Sosial (CSR)
Satu lagi perkara yang menjadikan Petronas berada pada kedudukan kukuh dari segi kedudukan jenama adalah program CSR mereka. Petronas aktif dalam program CSR termasuk pendidikan, kesihatan dan pembangunan komuniti. Usaha ini bukan saja menaikkan imej syarikat tetapi memberi kesan positif kepada masyarakat.

5) Kepimpinan (Leadership)
Petronas dipandang tinggi terhadap individu-individu yang menerajuinya. Ini kerana peneraju syarikat Petronas mempunyai kredibiliti dan kepimpinan yang mencerminkan keupayaan syarikat untuk mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan cekap.

6) Penjenamaan
Petronas gah dengan penjenamaan yang amat kukuh misalnya kerjasama dengan platform suka peringkat antarabangsa iaitu Formula 1. Hal ini menjadikan Petronas menerima pengiktirafan jenama global yang berprestij.

Apatah lagi dengan adanya menara yang sangat terkenal iaitu Menara Berkembar Petronas bersekali dengan pusat beli-belah Suria KLCC yang menjadi mercu tanda ikonik Kuala Lumpur. 

Menara Berkembar Petronas pernah menjadi menara tertinggi di dunia pada tahun 1998 hingga 2004.

Melalui enam faktor ini, memang ternyata Petronas telah berada pada kelasnya yang tersendiri dalam imej kedudukan jenama. Sebut sahaja Petronas, pihak antarabangsa pun mengenali jenama ini tanpa perlu diperkenalkan lagi.

Penjenamaan yang terbukti berkesan, kepimpinan yang hebat dan pelbagai lagi strategi pemasaran yang hebat-hebat menjadikan Petronas begitu stabil. Justeru, kepada syarikat-syarikat yang ingin mengukuhkan jenama masing-masing, anda bolehlah menjadikan strategi Petronas sebagai panduan. Sesuaikan dengan syarikat anda.