Pada hari ini, membuat siaran langsung (LIVE) di media sosial bukanlah satu perkara yang asing lagi. Setiap hari memang akan ada LIVE di media sosial yang dibuat sama ada untuk saling berhubungan sesama penonton ataupun menjana pendapatan melalui jualan.
Justeru, terdapat dua platform media sosial yang popular untuk membuat LIVE iaitu facebook dan TikTok. Mana satu pilihan anda sebagai pencipta kandungan?
Modachi senaraikan perbezaan manfaat membuat LIVE di antara facebook LIVE dan TikTok LIVE.
Manfaat/Platform | FB Live | TikTok Live |
---|---|---|
Latar belakang penonton | Lebih matang, pelbagai latar belakang | Lebih muda, generasi Z |
Kesan Jangka Panjang | Membangunkan jenama melalui interaksi dan perkongsian yang lebih panjang | Lebih mudah terkenal apabila LIVE disokong dengan video pendek yang FYP |
Penjanaan Wang | Stars, Facebook Ads, langganan berbayar | TikTok gift, TikTok Creator Fund, langganan berbayar |
Interaksi Pengguna | Komen, reaksi dan share | Komen, TikTok gift, duet |
Capaian Pengguna | Lebih mudah untuk mencapai pengguna luar rangkaian rakan | Lebih tertumpu kepada pengikut, algoritma mencari video yang popular |
Kemudahan Penggunaan | Integrasi dengan pelbagai peranti dan perisian, lebih kompleks | Mudah dan cepat digunakan pada aplikasi mudah alih |
Kebolehlihatan Kandungan | Video LIVE boleh kekal di wall facebook dan dikongsi secara meluas | Video LIVE hanya boleh disimpan sebagai video pendek |
Analitik & Data | Data terperinci tentang penonton dan prestasi siaran | Data asas mengenai jumlah penonton dan interaksi |
Fleksibiliti Kandungan | Sesuai untuk pelbagai jenis konten seperti tutorial, temu bual panjang | Lebih sesuai untuk kandungan pendek dan menarik seperti challenge dan tarian |
Keupayaan Berkolaborasi | Mudah untuk menjemput tetamu untuk bersama di FB Live | Duet dan stitch yang memudahkan kolaborasi kreatif |
Berdasarkan senarai perbezaan manfaat kepada pencipta konten dalam jadual di atas, anda bolehlah teliti mana satu idaman kalbu sama ada ingin aktif membuat facebook LIVE ataupun TikTok LIVE. Jika anda mampu membuat kedua-duanya sekali, itupun bagus juga.
Ada pencipta konten yang membuat kedua-duanya sekali dalam satu masa.
Kesimpulannya, terpulang, tepuk dada, tanya selera.