Fokus Kepada Inovasi Produk Boleh Selamatkan Jenama Anda? Ini Strateginya!

Demi menyelamatkan perniagaan, adakalanya anda tidak perlu beria-ia sangat. Anda hanya perlu fokus kepada pembangunan produk. Kenali produk dengan sebaik-baiknya. Dengan hal itu, anda boleh membuat inovasi dan membangunkan produk dengan lebih baik.

Pembangunan produk meliputi hal ehwal mengenal pasti kekurangan produk sedia ada. Dengan itu, anda boleh menambah baik dan menjadikan produk anda lebih mesra pengguna sekali gus menjadikan pengguna tertarik kepada produk anda berbanding produk pesaing.

Antara perkara penting yang harus diperhatikan dalam aspek inovasi dan pembangunan produk adalah mengenal pasti kekurangan produk sedia ada. Produk perlu dikaji semula selepas beberapa tempoh pengeluaran.

Sebagai contoh produk gincu. Anda tidak boleh kekal dan selesa dengan gincu yang dikeluarkan untuk tempoh lama. Produk perlu ada inovasi dan dibangunkan secara berkala. Boleh tambahkan seleksi warna, tambah kandungan yang lebih baik atau mungkin juga menukar packaging yang lebih menawan mengikut peredaran masa dan cita rasa pengguna terkini.

STRATEGI PENGEMBANGAN PRODUK

Berikut adalah strategi pengembangan produk yang boleh Modachi sarankan kepada anda sebagai pemilik bisnes.

1) Ketahui Pasaran
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda teliti dalam konteks mengambil tahu mengenai pasaran. Antaranya adalah memahami keperluan pelanggan. Produk yang dihasilkan perlulah menepati apa yang pelanggan mahu. Selepas itu, analisis perlu dibuat untuk dengan mengenal pasti pasaran baru selepas produk sedia ada menjadi lebih sempurna kejadiannya.

2) Analisis Keperluan Pelanggan
Bagi mengetahui keperluan pelanggan, anda perlu membuat survei, soal jawab atau wawancara untuk mendapatkan analisis yang betul. Dengan data maklumat yang betul, produk anda boleh dibangunkan mengikut kepada apa yang pelanggan mahu. Ya, mungkin juga produk anda akan jadi produk yang lebih baik berbanding pesaing.

3) Analisis Keunikan Produk
Sebagai pemilik bisnes, cuba tambah baik produk anda dengan ciri-ciri yang unik. Kenal pasti ciri-ciri produk yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan dengan manfaat yang amat menarik. Dengan keunikan ini, produk anda akan jadi lebih menonjol di pasaran.

4) Tinjauan Portfolio Produk
Anda perlu memastikan lokasi yang mempunyai potensi untuk mengembangluaskan pasaran produk anda. Hal ini menunjukkan bahawa produk anda biasanya lebih laris di mana? Misalnya, adakah lokasi bandar atau luar bandar.

5) Perancangan Produk
Perancangan jangka pendek dan jangka panjang perlu ada demi memastikan pengembangan produk mempunyai fasa-fasanya yang tersendiri. Anda perlu membuat jadual yang jelas mengenai setiap fasa. Hal ini memberikan satu fokus yang sangat membantu terutama kepada team yang membuat penyelidikan mengenai perkembangan produk.

Kesimpulannya, dengan adanya penelitian yang berfokus terhadap perkembangan produk, anda dapat menjimatkan banyak kerugian apabila menghasilkan produk yang tidak dicari oleh pelanggan. Menekankan aspek penambahbaikan produk, maka produk anda akan lebih sukses di pasaran.