Ini 7 Perkara Yang Buat Video Korporat Anda Jadi WOW!

Membuat video korporat memang memerlukan bajet besar. Ini kerana ada banyak elemen yang perlu dilaksanakan mengikut kepada standard pembikinan video korporat itu sendiri. Justeru, pemilik organisasi yang hendak membuat video korporat perlu tahu perkara yang boleh membuat video korporat dihasilkan secara berkesan atau wow!

Modachi kongsikan tujuh perkara yang membuat video korporat anda jadi wow!

1) Jelas Dengan Objektif

Objektif menentukan hala tuju video korporat anda.

Apabila sesebuah video korporat dihasilkan, maka anda perlu jelas dengan objektifnya. Adakah untuk memperkenalkan organisasi anda? Adakah untuk menjelaskan mengenai pandangan anda mengenai satu-satu isu? Adakah untuk digunakan bagi mendapatkan pelabur? Tetapkan objektif sebelum memulakan proses pembikinan video korporat.

2) Mesej Yang Kuat
Video korporat perlu kuat berpegang kepada mesej. Hal ini adalah seperti nilai-nilai syarikat, komitmen kepada pelanggan, inovasi yang dilakukan atau pencapaian syarikat. Video korporat yang kuat dengan mesejnya akan memudahkan penonton memahami organisasi anda dengan lebih dekat.

3) Kreativiti

Kreativiti yang luas memberikan kesan baik kepada penghasilan video.


Anda perlu mahir dalam kaedah penceritaan supaya video korporat anda dapat menyampaikan cerita dengan lebih menarik. Setiap video perlu ada elemen permulaan, pertengahan, klimaks dan penutup. Video yang kreatif pastinya mampu menarik orang untuk menontonnya hingga tamat.

4) Video Yang Berkualiti
Kualiti di sini termasuk mengenai visual yang jelas, audio yang sedap didengar, penyuntingan video yang detail dan reka bentuk grafik yang tampak profesional. Tanpa elemen-elemen ini, video korporat anda tidak mencapai tahap sebuah video korporat.

5) Sesuai Dengan Sasaran Penonton

Pastikan video anda tepat pada sasaran supaya mesej yang ingin disampaikan kena pada mereka.

Video korporat yang dihasilkan perlu sesuai dengan sasaran penonton. Jika untuk orang awam, video tersebut perlu lebih santai. Jika video itu dihasilkan untuk pihak berkepentingan, paparannya perlu lebih serius dan kelihatan berprestij.

6) Durasi Yang Bersesuaian
Video korporat tidak boleh terlalu panjang durasinya. Bimbang penonton berasa bosan. Pun begitu, durasi antara 5 hingga 7 minit boleh dipertimbangkan untuk sebuah tontonan yang memuaskan dengan jalan cerita yang menarik.

7) Call To Action
Dalam video korporat anda, jangan lupa untuk tinggalkan alamat laman web, nombor telefon, nama media sosial anda dan tidak ketinggalan, alamat e-mel.

Kesimpulannya, mengabaikan mana-mana elemen penting ini dalam video korporat akan menyebabkan video anda kurang berkesan. Justeru, rancang dahulu video korporat anda untuk membuatkan video korporat anda lebih berkesan, menarik dan wow!

Modachi turut menyediakan khidmat merealisasikan impian anda untuk membuat video korporat. Hubungi kami sekarang.