Menjadi empunya bisnes, kita perlu banyak berfikir mengenai masa depan bisnes itu sendiri. Pengisian konten berstrategi mengelakkan kita terjerumus ke dalam kancah viral yang menjejaskan reputasi. Oleh sebab itu, konten perlu dibina dengan adanya strategi apatah lagi jika konten itu dijadikan sebagai penjenamaan.
Pernah lihat jenama-jenama gah menggunakan ‘konten sampah’ untuk mengekalkan reputasi mereka? Tidak pernah, bukan? Ini kerana mereka mempunyai satu kepercayaan bahawa mereka mahukan ‘class’ dan hal itu tidak boleh dibeli dengan duit. Kelas tersendiri sifatnya diraih daripada orang ramai tanpa perlukan apa-apa. Money can’t buy class.
Pemilik bisnes perlu faham hal ini. Membuat konten perlu ada strategi dan dibuat dengan cara berhemah. Anda tidak boleh memuat naik konten sembarangan. Simpanlah konten yang bersifat peribadi hanya untuk tatapan anda sahaja. Muat naik konten yang ada strategi demi mengukuhkan kredibiliti anda sebagai pemilik bisnes sekali gus mengukuhkan juga bisnes anda.
Kenapa pemilik bisnes perlu berhati-hati dengan konten di media sosial mereka?
1) Reputasi Bisnes
Konten yang anda muat naik di media sosial mempunyai potensi untuk mempengaruhi reputasi bisnes anda. Apatah lagi jika anda mempunyai pengikut yang ramai. Anda perlu memuat naik hantaran yang berbentuk membangunkan inspirasi, memotivasi dan menambah nilai kepada orang ramai.
Menghasilkan dan memuat naik konten positif memberikan ruang sangat besar dalam mempengaruhi audien secara baik. Sebaliknya, jika konten yang buruk, ianya mampu membunuh reputasi anda sebagai orang bisnes.
2) Hubungan Buruk Dengan Pelanggan
Anda mungkin telah membina satu jaringan baik dengan pelanggan selama anda berbisnes. Jangan rosakkan jaringan itu dengan konten yang mengundang cemuhan. Ya, anda mungkin viral dengan isu-isu yang sering mengundang percakap orang ramai. Namun, adakah anda mahu dilihat sedemikian?
Bukankah anda sepatutnya mengekalkan class anda pada tahap yang dipandang tinggi? Mahukah anda dilihat sebagai satu ikon bisnes yang popular tetapi popular disebabkan isu yang bukan-bukan?
3) Kekalkan Penjenamaan
Konten yang baik mengukuhkan penjenamaan pada jangka masa pendek yang panjang. Atas sebab itulah seseorang pemilik bisnes perlu berhati-hati dengan konten yang dibuat dan dimuat naik ke media sosial. Konten orang bisnes perlu sesuai dengan identiti orang bisnes itu sendiri.
Konten yang tidak konsisten menyebabkan orang ramai keliru dengan anda. Justeru amat penting bagi pemilik bisnes untuk memastikan bahawa setiap konten yang dihasilkan di media sosial itu mencerminkan visi dan misi mereka. Hal ini membantu dari segi penjenamaan anda juga.
Bagi anda yang mahukan konten bermanfaat dan berstrategi untuk bisnes, e-mel kami di modachimy@gmail. com atau hantarkan WhatsApp ke nombor (WhatsApp Modachi)