Apabila melayari internet, ada dua perkara yang buat seseorang itu tertarik. Perkara tersebut adalah reka bentuk web dan copywriting. Laman web dengan reka bentuk grafik yang menarik, bukan sahaja nampak cantik, malah menjadikan mata kita sedap memandang. Copywriting yang mudah difahami, ditambah pula dengan bahasa santai, menjadikan kita ingin teruskan pembacaan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa reka bentuk grafik web dan copywriting adalah dua perkara penting untuk menarik lebih ramai pengunjung laman web anda. Jangan abaikan salah satunya kerana kedua-duanya perlu seiring demi mencapai objektif yang telah disusun.
1. Kata-Kata Untuk Menceritakan Kisah
Teks yang berkesan menjadi sokongan kepada reka bentuk grafik web yang menawan. Tanpa teks yang berkesan, website anda hanyalah sebuah tapak digital yang menawan tetapi kosong. Copywriting yang baik memastikan laman web mempunyai kandungan yang bermanfaat, cerita yang menarik dan maklumat penting. Tulisan anda dapat membantu pelawat laman web anda kekal dalam website untuk terus mendapat informasi yang mereka perlukan.
2. Berinteraksi dengan Audiens
Web perlu direka supaya dapat berinteraksi dengan pengunjung. Atas sebab itulah, reka bentuk web perlu menarik dan disokong dengan copywriting yang berkesan. Bayangkan laman web anda sebagai platform berinteraksi dengan pengunjung secara digital. Hal ini mampu mendekatkan organisasi anda dengan pengunjung dan sekali gus menjadikan anda mudah difahami oleh orang awam.
3. SEO Boost
Reka bentuk web menjadikan laman web anda menarik secara visual. Teks yang ditulis menjadikan anda mudah dikenal pasti oleh enjin carian (search engine). Copywriting memainkan peranan penting dalam Search Engine Optimization (SEO). Kandungan yang dibina dengan kata kunci yang berkaitan membantu laman web anda berada pada muka surat pertama enjin carian. Apabila seseorang memasukkan pertanyaan ke dalam Google, enjin carian tidak melihat reka bentuk tetapi berupaya membaca kata-kata. Gabungan mantap antara reka bentuk dan salinan memastikan laman web anda bukan sahaja kelihatan baik tetapi juga mudah didapati.
Kesimpulanya, untuk mencipta laman web yang berjaya, reka bentuk web dan copywriting adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Reka bentuk web fokus pada apa yang dilihat oleh mata dan copywriting pula fokus kepada apa yang boleh diberi perhatian oleh hati dan minda.