Kelas Online Penulis Upahan: Apa Kata Peserta?

Pada Sabtu, 17 Februari 2024, Modachi telah menganjurkan Kelas Online Penulis Upahan. Kelas ini disertai oleh 20 peserta yang ingin mendengar perkongsian jurulatih inhouse Modachi, Puan Maryam Elyas mengenai gerak kerja sebenar sebagai penulis upahan.

Kelas yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang itu menyaksikan peserta dibimbing melalui 14 tajuk menarik. Antaranya adalah:

Ini adalah beberapa topik yang disentuh untuk memberikan pemahaman kepada peserta yang ingin menjadikan penulis upahan sebagai satu kerjaya. Menariknya, kerjaya ini boleh dijadikan sebagai satu cara mendapatkan income dengan hanya menulis dari rumah.

JOM KITA LIHAT APA KATA PESERTA

“Dah banyak kelas ghost writer saya masuk. Takde lagi yang kongsi cara pitching secara detail macam CikYam kongsi.”

Testimoni paling power.

“Peserta ini kata, “Love your class.”

“Mudah belajar dengan CikYam. Setiap topik, setiap isu, ada contoh untuk mudah difahami.”

– Mellya Eshak

“Kelas CikYam tak pernah tak best.”

-Raudah Elyana

Tinjauan di laman sosial Facebook

Modachi juga membuat tinjauan di laman sosial facebook bagi mendapatkan maklum balas mengenai Kelas Online Penulis Upahan yang telah dijalankan pada 17 Februari 2024.

Maklum balas 1: Eiza Nashwa

Terima kasih untuk maklum balas ini.

Maklum balas 2: Muhammad Nurhaziq

Peserta ini ambil pakej PROWRITER iaitu buku dan kelas online. Sangat berbaloi kerana CikYam turut tunjukkan muka surat yang berkaitan dengan topik penulis upahan.

Maklum balas 3: Emelia Ishak

Kerjaya sebagai penulis upahan juga sesuai untuk golongan ibu tunggal yang perlu menjaga anak sendirian. Boleh jana upah menulis dengan hanya menulis dari rumah. Sesuai untuk situasi peserta ini.

Maklum balas 4: Saniah Aris

Ada juga yang ingin mencuba jadi penulis upahan. Ya, kerjaya ini sesuai dengan ramai individu pelbagai latar belakang.

Maklum balas 5: Sdr Muhammad Syukri

Peserta ini hilang pekerjaan. Sama situasinya dengan jurulatih inhouse Modachi, Puan Maryam Elyas yang juga hilang pekerjaan pada tahun 2020. Beliau giat menjalankan kerja sebagai penulis upahan untuk sara hidup.

JURULATIH KAMI

Kesimpulannya, Kelas Online Penulis Upahan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Modachi konsisten untuk mengadakan kelas setiap bulan. Bagi anda yang ingin menyertai Kelas Online Penulis Upahan, boleh saya menghantar mesej ke talian whatsapp ini (Saya nak kelas bersama CikYam)