Ads Media Sosial Penting Tapi Jangan Abai Publisiti Media Massa. Ketahui Apa Itu Kempen Media Power Modachi

Pada hari ini ramai usahawan memilih pemasaran (buat ads) di media sosial untuk mendapatkan publisiti. Namun, sedarkah anda bahawa kempen pemasaran di media massa juga sebenarnya amat penting? Mengabaikan kempen pemasaran di media massa boleh membawa bencana kepada syarikat anda.

Media massa misalnya akhbar, majalah dan televisyen mempunyai kuasanya yang tersendiri. Sejak zaman berzaman, hingga ke hari ini, media massa masih kekal sebagai platform pengiklanan yang ampuh.

Jika dilihat jenama-jenama besar di pasaran masih tetap menggunakan media massa untuk mengiklankan produk mereka. Mereka menggunakan akhbar dan juga televisyen untuk pengiklanan. Sekadar menyebut beberapa jenama besar misalnya Nescafe, Petronas, Adabi, Oppo dan Nivea.

Walaupun mereka aktif di media sosial, mereka tetap menggunakan media massa untuk mengiklan. Sedangkan, produk mereka telah kukuh di pasaran.

Kenapa agaknya usahawan perlu cakna mengenai perlunya membuat kempen di media massa? Jom Modachi terangkan lima sebab utama kepentingan menggunakan media massa sebagai platform pengiklanan.

5 Sebab Perlu Buat Pemasaran di Media Massa

1) KESEDARAN JENAMA (brand awareness)

Apabila muncul di media massa, anda secara tidak langsung telah meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap produk anda. Mereka nampak jenama anda dalam akhbar atau televisyen. Hal ini amat bagus supaya pengguna tetap ingat jenama anda kerana jenama anda sentiasa ada iklannya di media arus perdana.

2) MENAIKKAN KEPERCAYAAN

Kepercayaan adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kepercayaan diraih dengan cara diberi oleh pelanggan secara tidak langsung. Lebih banyak bukti kewujudan anda di pasaran, maka lebih tinggilah kepercayaan pelanggan kepada anda.

Rencana di akhbar menaikkan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda. Liputan yang positif memberikan kuasa besar kepada perniagaan anda untuk meraih kepercayaan dan kenaikkan kewibawaan perniagaan anda juga. Malah, nama yang buruk juga boleh dibersihkan melalui liputan akhbar di media massa.

3) MENINGKATKAN DAYA SAING

Pada hari ini, perniagaan semakin tinggi persaingannya. Banyak produk yang sama. Lantas, bagaimanakah caranya untuk anda menonjolkan diri anda sebagai salah satu jenama yang wujud di pasaran?

Dengan cara menonjolkan diri di media massa, anda mampu untuk tampil lebih bergaya berbanding jenama lain. Buatlah pengiklanan di media massa supaya anda lebih dikenali oleh orang ramai. Inilah pentingnya untuk beriklan di media massa.

4) MENGUATKAN PENGARUH

Pengaruh adalah satu kuasa yang dimiliki oleh satu-satu jenama untuk memegang kuasa beli pengguna. Apabila jenama anda kuat mempengaruhi pengguna, anda tidak perlu terlalu risau dengan kewujudan produk lain.

Anda hanya perlu teruskan beriklan supaya jenama anda kekal dalam pemikiran pengguna. Anda hanya perlu berinovasi dan teruskan memahami pelanggan anda. Usah risau pelanggan lari kerana pelanggan biasanya setia dengan produk yang bagus dan berpengaruh.

5) MEMBINA HUBUNGAN DENGAN MEDIA

Berhubungan baik dengan pihak media adalah jaringan yang harus difikirkan. Ada ketikanya anda pasti memerlukan kerjasama media. Alangkah bagusnya jika pihak media kenal baik dengan anda dan jenama anda. Mudah untuk berurusan pada masa akan datang. Hubungan baik dengan pihak media boleh memberikan akses kepada peluang liputan lebih besar. 

Inilah lima sebab utama perlunya anda sebagai pemilik perniagaan untuk memikirkan soal pengiklanan di media massa terutamanya televisyen dan akhbar. Tidak rugi untuk melabur.

KEMPEN MEDIA POWER MODACHI

Berita baik untuk semua pemilik perniagaan. Modachi memperkenalkan kempen yang diberi nama Kempen Media Power Modachi. Jom baca soal jawab di bawah:

Kempen apa ni?
Ini kempen untuk pemilik bisnes membuat promosi di media massa iaitu akhbar arus perdana.

Apa bestnya kempen ni?
Kempen ini berlangsung selama enam bulan dan setiap bulan ada sahaja story perniagaan anda akan disiarkan di akhbar.

Apa saya dapat kalau saya ambil kempen ni?
Anda akan dapat kempen selama 6 bulan di media arus perdana meliputi hal berikut:

  • 1 to 1 sesi konsultasi
  • 1 kali media interview
  • 1 kali launching event
  • 6 kali siaran media 
  • Media networking
  • Laporan PR Audit
  • 1 kali training penulisan copywriting (untuk anda dan team)
  • 1 kali training penulisan rencana (untuk anda dan team)

Berapa harga kempen ini?
Harganya tidak mahal. Pelaburan yang amat berbaloi. Harga bermula dari RM35,000 untuk enam bulan.

Wow, menarik! Macam mana saya nak join?
Jom kita set sesi konsultasi. Hantarkan whatsapp, hubungi Maryam Modachi. Klik SINI.