3 Ciri Iklan (Ads) Anda Tidak Menarik Perhatian Orang Ramai

Ads atau iklan dibuat untuk menjana keuntungan apabila lebih ramai orang ‘nampak’ produk atau servis yang dijalankan. Pun begitu, bagaimana pula jika iklan yang dibuat tidak menjadi sebagai mana yang diharapkan?

Rencana ini menghuraikan tiga ciri iklan yang tidak berjaya menarik perhatian orang ramai. Hal ini supaya anda tidak perlu menghabiskan banyak masa, tenaga dan usaha untuk menghasilkan iklan.

Iklan merupakan kandungan yang bertujuan mengumumkan sesuatu agar menarik perhatian orang ramai terhadap servis atau produk yang ditawarkan. Iklan mempunyai kos untuk disiarkan. Tidak kira sama ada di platform media sosial mahupun di media massa bercetak, anda sebagai empunya bisnes perlu membayar sejumlah wang.

Justeru, alangkah ruginya jika anda sudah mengeluarkan sejumlah wang untuk membiayai kos iklan, namun iklan anda gagal mendapat perhatian sewajarnya. Jom teruskan membaca artikel ini supaya ada lebih faham bagaimana cara untuk menghasilkan iklan yang berpotensi meraih banyak jualan.

1. Mesej iklan tidak jelas dan susah difahami

Kadangkala, iklan seperti teka-teki yang susah untuk dijawab. Jika mesej pada iklan anda tidak jelas atau terlalu rumit, orang mungkin tidak akan pandang dan baca iklan tersebut. Hal ini akan menyebabkan perniagaan anda tidak dikenali ramai orang. Seterusnya, anda perlu pastikan iklan yang dibuat perlu ada mesej jelas dan mudah. Oleh itu, anda perlu gunakan kata-kata mudah dan ayat-ayat pendek untuk memastikan mesej anda mudah difahami dan senang dibaca oleh semua orang.

2. Tidak menjangkau sasaran pembeli dengan baik

Iklan (ads) perlu menggunakan bahasa yang difahami oleh penonton. Jika iklan tidak sesuai dengan apa yang disukai atau diperhatikan oleh penonton, mereka mungkin tidak akan memperhatikan. Penonton merupakan salah satu kepentingan apabila membuat iklan (ads). Anda perlu buat research terlebih dahulu untuk memahami tingkah laku penonton dan letak mesej yang sesuai dengan apa yang mereka peduli. Apabila iklan sesuai dengan minat mereka, mereka lebih cenderung untuk memberi perhatian kepada iklan itu.

3. Visual yang kurang menarik

Dalam dunia yang sibuk ini, elemen visual sangat penting. Jika iklan anda tidak menarik secara visual, iklan anda mungkin hilang di antara banyak kandungan lain. Tambah imej yang menarik, warna yang cerah, dan reka bentuk yang menawan. Ingatlah bahawa gambar boleh menceritakan lebih daripada seribu kata. Pastikan iklan anda boleh menarik perhatian orang ramai. Visual seperti pukulan tangan pertama – mereka memberikan kesan pertama.

Kesimpulannya, dalam dunia pengiklanan yang dinamik, kita perlu menjaga kita aspek ini supaya iklan tidak mengalami masalah. Pastikan mesej jelas, sasaran prospek yang betul dan juga visual yang menarik. Jadi, apabila anda membuat iklan pada masa akan datang, ingat tip ini. Selamat mencuba untuk membuat iklan yang lebih menarik.