Memulakan perniagaan merupakan perjalanan menarik yang dipenuhi dengan kemungkinan. Bagi memastikan proses permulaan itu berjalan lancar, strategi perlu dibuat supaya dapat mengelakkan perangkap yang boleh menghalang kelancarannya. Namun, ramai usahawan terlepas pandang perkara yang boleh menyebabkan kegagalan dalam bisnes.
Berikut adalah beberapa perkara yang anda harus cakna semasa membangunkan perniagaan baharu:
1. Mengabaikan Market Research
Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh setiap usahawan adalah mengabaikan Market Research yang menyeluruh. Setiap usahawan perlu mengenal pasti sasaran, pesaing dan arah aliran industri kerana perkara ini penting untuk mencipta model perniagaan yang terbaik. Apabila anda mengabaikan langkah ini, ia boleh membawa kepada keputusan yang salah maklumat dan kekurangan kelebihan daya saing.
2. Mengabaikan Pelan Perniagaan Yang Dibincangkan
Pelan perniagaan yang difikirkan dengan baik merupakan pelan hala tuju anda untuk membangunkan sesebuah perniagaan dengan berjaya. Apabila anda skip langkah ini mungkin akan menyebabkan perniagaan anda tanpa objektif, strategi dan sumber kewangan yang jelas. Pelabur dan pihak berkepentingan sering bergantung pada pelan perniagaan yang teratur untuk mengukur daya maju dan potensi usaha niaga anda.
3. Ambil Remeh Strategi Pemasaran
Pemasaran amat penting dalam mana-mana perniagaan. Setiap usahawan harus mengelakkan melakukan kesilapan dengan mengabaikan strategi pemasaran. Dengan strategi ini, usahawan dapat membangunkan rancangan yang merangkumi pelbagai platform pemasaran termasuk media sosial dan usaha penjenamaan untuk membuat prospek sedar akan kehadiran anda dalam pasaran.
4. Abaikan Hal-Ehwal Kewangan
Hal ini nampak remeh namun faktor inilah yang kerap jadi masalah salam bisnes. Kewangan boleh berpunca daripada pelbagai sumber. Modal daripada pinjaman institusi kewangan, pinjaman orang persendirian ataupun melalui pajak gadai mahupun geran.
Apabila duit modal mulai berkepuk dalam tangan, ada yang jadi gelap mata. Punca utama kegagalan bisnes adalah kurang perhatian terhadap pengurusan kewangan. Setiap usahawan jangan memandang rendah kepentingan perancangan kewangan, belanjawan dan akaun simpan kira. Oleh itu, anda perlu sentiasa pantau aliran tunai, perbelanjaan dan hasil dengan teliti untuk memastikan kedudukan kewangan anda dalam keadaan baik.
5. Mengabaikan Maklum Balas Pelanggan
Siapalah usahawan tanpa pelanggan? Anda harus faham bahawa pelanggan adalah aset penting bagi mengembangkan bisnes. Apabila anda mengabaikan maklum balas pelanggan, hal ini boleh menyebabkan terputusnya hubungan antara anda dengan pelanggan. Solusinya adalah wujudkan saluran komunikasi untuk mengumpul dan membalas maklum balas pelanggan. Mereka boleh komen dan anda boleh respon sepantas mungkin terhadap apa yang pelanggan mahukan.
Kesimpulannya, sesiapa yang ingin memulakan bisnes, perlu elak melakukan kesilapan biasa ini. Dengan mengutamakan penyelidikan pasaran, perancangan yang kukuh, pemasaran yang berkesan, pengurusan kewangan yang baik, ambil lebih perhatian dengan maklum balas pelanggan, anda boleh menetapkan permulaan anda pada laluan ke arah pertumbuhan dan keuntungan yang lebih baik.