4 Cara Brand Storytelling Bantu Tingkatkan Pemasaran Anda

Satu cara jenama boleh berhubung dengan pelanggan mereka dengan lebih baik adalah melalui kaedah brand storytelling. Ini kerana manusia suka dan mudah ingat akan sesuatu cerita. Jadi, tanpa cerita masyarakat tidak akan tahu apatah lagi ingat brand anda.

Brand storytelling adalah kaedah penceritaan apabila anda sebagai syarikat berkongsi cerita dengan pelanggan. Kisah ini merangkumi kisah kejayaan atau perkara yang memberi inspirasi kepada syarikat lain untuk mencipta jenama masing-masing. Boleh juga storytelling mengenai objektif syarikat anda untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka yang memerlukan.

Dari segi pemasaran, brand storytelling boleh memberikan gambaran ringkas tentang budaya syarikat anda dan perkara yang dilakukan untuk mencapai matlamat. Kaedah penceritaan ini juga membantu menunjukkan sisi syarikat anda yang boleh dikaitkan kepada bakal pelanggan.

Kelebihan Brand Storytelling

1. Penglibatan yang Lebih Baik Dengan Pelanggan

Brand storytelling bukan kaedah penceritaan biasa namun sangat menakjubkan. Sifatnya lebih peribadi sekali gus menjadikan jenama anda lebih dekat dengan pelanggan. Sentuhan itulah yang mampu menjadikan pelanggan ingin ambil tahu mengenai jenama anda kekal bersama.

Pada hari ini, tidak cukup dengan hanya memasarkan diri anda sebagai sebuah syarikat yang menyediakan itu dan ini. Orang ramai ingin tahu lebih mendalam dan lihat sisi berbeza anda berbanding syarikat lain. Lebih bagus jika anda boleh bercerita kisah mengenai cara anda melalukan sesuatu sehingga berjaya.

2. Peluang untuk Menonjolkan Diri

Dalam apa jua industri, pastinya ada persaingan. Sekadar contoh, jika anda mengusahakan perniagaan fesyen, ada ramai lagi di luar sana turut melakukan perniagaan yang sama dengan anda. Justeru, bagaimana untuk lebih menonjol berbanding mereka? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah melalui kaedah brand storytelling.

Anda dan pesaing mungkin sama-sama mempunyai laman web sendiri. Namun pengisian laman web anda boleh jadi lebih menarik dengan kandungan yang bersifat brand storytelling. Inilah kelebihan yang patut anda miliki untuk lebih menonjol di pasaran berbanding pesaing.

3. Menjadikan Jenama Anda Lebih Diperlukan

Sesebuah syarikat pastinya lebih mudah berjaya jika syarikat itu diperlukan oleh orang ramai. Syarikat yang mampu menonjolkan empati kepada pelanggan lebih mendapat tempat kerana membantu memenuhi keperluan pengguna.

Pun begitu, satu perkara perlu anda jelas. Kaedah brand storytelling bukanlah untuk menonjolkan sisi syarikat anda sebagai ‘terlalu sempurna’ sehingga anda tidak melakukan kesilapan. Setiap manusia atau organisasi tetap melakukan kesilapan. Justeru, kongsilah cerita anda melalui perjuangan, cabaran, nilai dan kejayaan yang diraih melalui setiap detik kesukaran.

4. Brand Storytelling di Pelbagai Platform

Kaedah brand storytelling boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Anda boleh bercerita melalui video, penulisan di laman web, penulisan di media sosial, video pendek di media sosial, iklan atau poster. Objektif utamanya adalah kisah jenama anda sampai tepat kepada orang ramai terutamanya pelanggan sasaran.

Kesimpulannya, setiap syarikat perlu menjalankan pemasaran secara brand storytelling. Hal ini menjadikan jenama anda lebih mudah diingati dan pelanggan rasa mereka memerlukan anda untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Membuat storytelling memang agak sukar namun kami di Modachi sentiasa bersedia untuk membantu anda. Hubungi kami segera melalui e-mel modachimy@gmail.com