5 Perkataan TikTok Hos Tak Patut Cakap Dalam LIVE, Elak Kena Banned

Pada hari ini, TikTok Live telah menjadi platform sangat popular. Pengguna boleh berinteraksi dengan penonton, mempamerkan bakat, berkongsi pengalaman dan memupuk semangat kemasyarakatan. TikTok menjadi pilihan utama generasi muda kerana menggunakan medium video pendek yang sangat menarik.

Salah satu perkara menarik di TikTok adalah fungsi LIVE yang membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung dengan penonton. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana platform media sosial lain, TikTok juga menetapkan peraturan tertentu sebagai garis panduan kepada semua pengguna. Maksudnya, jika tidak ikut garis panduan, LIVE anda berkemungkinan besar kena banned!

Berikut adalah lima perkataan yang harus anda elakkan daripada bercakap semasa melakukan TikTok LIVE:

1. Jangan Sebut Instagram

Salah satu peraturan TikTok yang tidak dinyatakan ialah elakkan sebut nama media sosial lain, antaranya Instagram. Ini dikira sebagai mempromosi media sosial itu. Sebagai contoh, apabila hos menyebut perkataan Instagram semasa di TikTok Live, mungkin ada penonton tidak boleh terima. TikTok menggalakkan pengguna untuk kekal dalam ekosistem TikTok, jadi elak sebut nama Instagram.

2. Elak Sebut Facebook

Facebook adalah media sosial gergasi yang mempunyai ramai pengguna di seluruh dunia. Justeru, menyebut nama facebook ketika sesi TikTok LIVE adalah amat dilarang kerana anda selaku hos dikira sebagai mempromosikan platform media sosial itu.

Jadi, jika anda tidak mahu kena banned dengan TikTok ketika sesi LIVE, sila berhati-hati dan fokus kepada platform tersebut sahaja. Jangan tersebut nama media sosial lain.

3. Elak Sebut Whatsapp

Ketika membuat LIVE terutamaanya peniaga di TikTok LIVE, anda berkemungkinan besar cenderung menyebut nama WhatsApp. Ini kerana kebiasaannya, pengguna suka bermesej melalui aplikasi itu. Pun begitu, jika anda asyik menyebut nama aplikasi mesej ini ketika LIVE di TikTok, anda berkemungkinan besar akan dibanned.

4. Telegram

Satu lagi aplikasi mesej yang popular adalah Telegram. Menyebut nama aplikasi ini ketika LIVE di TikTok juga boleh menyebabkan anda kena banned. Pastikan anda fokus dengan konten LIVE anda dan jangan sebut nama-nama aplikasi lain ketika sedang LIVE.

5. Link di Bio

Aplikasi TikTok menyediakan satu ruangana untuk meletakkan bio. Melalui ruangan bio itu, anda boleh memasukkan link yang bakal membawa anda ke pautan lain. Walaupun anda dibenarkan meletakkan link tersebut, namun jangan sarankan penonton LIVE anda untuk pergi ke link tersebut.

TikTok suka jika anda kekal bersama penonton dalam LIVE dan bukannya keluar daripada LIVE untuk klik mana-mana pautan. Justeru, sebagai hos, jangan sebut klik link di bio kerana ahal tersebut boleh menyebabkan anda kena banned.

Kesimpulannya, sementara TikTok LIVE menyediakan ruang yang dinamik dan interaktif untuk pencipta kandungan, adalah penting untuk mengambil kira garis panduan platform dan piawaian komuniti. Oleh itu, pengguna perlu mengelakkan sebutan jelas tentang platform media sosial saingan dan istilah yang tidak berkaitan seperti “Link di Bio”. Hal ini dapat membantu mengekalkan persekitaran yang positif dan fokus, memastikan pengalaman yang menyeronokkan untuk pencipta dan penonton mereka.