Tahun 2024, bulan puasa bermula pada Mac 2024 dan sambutan Aidilfitri adalah pada April 2024. Pelan pemasaran anda sepatutnya telah bermula hari ini! Jika lambat, maka anda akan terlepas banyak perkara sehingga menjejaskan keuntungan.
Pada bukan Ramadan dan Syawal inilah anda sepatutnya membuat gerak gempur pemasaran kerana pada ketika ini, orang ramai tidak kisah untuk mengeluarkan wang demi sambutan perayaan yang menyeronokkan.
Mahu tahu apa yang patut dilakukan? Nah, Modachi berikan 3 strategi untuk anda buat.
1) Manfaatkan Database Sedia Ada
Sebagai usahawan, anda susah semestinya mempunyai satu database yang mengandungi maklumat seperti nama, nombor telefon dan e-mel pelanggan. Justeru manfaatkan data ini untuk menjalankan pemasaran online.
Anda boleh hantar e-mel atau pesanan ringkas melalui nombor telefon mereka. Maklumkan mengenai promosi bersempena Ramadan Syawal yang anda jalankan.
Jangan lupa ucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada mereka kerana mereka pernah menjadi pelanggan anda sebelum ini.
Anda perlu hargai pelanggan sedia ada sebelum fokus kepada pelanggan baru. Pelanggan yang dihargai akan menjadi pelanggan setia.
2) Produk + Hadiah
Ini satu lagi marketing yang selalunya berjaya walaupun memerlukan sedikit kos tambahan. Hadiah tidak perlu sesuatu yang mahal.
Pilihan hadiah perlulah sesuatu yang ada value dan menjadi penambah nilai kepada produk yang dijual. Sekadar contoh, anda menjual produk tudung bawal. Berikan hadiah berupa kerongsang kecil yang boleh dipakai bersama tudung tersebut. Jika anda menjual produk periuk, berikan hadiah alas periuk yang comel.
Adakala, pelanggan mulai bertindak untuk membeli disebabkan tertarik dengan hadiah yang ditawarkan. Sudah semestinya mereka membeli dengan anda berbanding penjual lain yang tidak menawarkan hadiah.
3) Serbu Semua Platform
Media sosial ada bermacam-macam. Misalnya facebook, instagram, tiktok, youtube. Jadi, kenapa perlu pilih-pilih jika anda boleh saja menabur strategi pemasaran di semua platform?
Prospek ada di mana-mana sahaja. Barangkali mereka tidak nampak anda di facebook tetapi nampak anda di tiktok. Jadi, tabur sahaja pemasaran di setiap platform supaya anda boleh menembusi semua prospek.
Kesimpulannya, jangan sempitkan pemasaran anda terutama jika pemasaran untuk waktu yang terhad seperti Ramadan dan Syawal ini. Anda perlu gerak gempur yang cepat dan berkesan supaya tidak terlepas waktu keemasan untuk meraih keuntungan.
Perlukan bantuan? Hubungi Modachi di e-mel modachimy@gmail.com