Sejak Oktober 2023, Palestin telah sekali lagi menjadi mangsa peperangan dan berlaku banyak kematian. Justeru, kemarahan umat Islam seluruh dunia telah melonjak dan masing-masing melancarkan kempen boikot produk keluarga Israel demi tidak lagi menyumbang apa-apa kepada negara tersebut.
Sememangnya produk keluaran negara tersebut telah lama bertapak di seluruh dunia. Malah kita juga telah terbiasa dengan produk-produk dari negara itu. Sedikit sebanyak apabila kita membeli produk mereka, kita menyumbang kepada pendapatan negara tersebut dan berkemungkinan besar wang kita digunakan untuk membiayai kos ketenteraan.
Boikot kali ini telah banyak menunjukkan penurunan jualan terhadap produk dari negara yang disebutkan tadi. Justeru hal ini sebenarnya membuka ruang dan peluang kepada produk jenama tempatan.
Apabila masyarakat memboikot jenama yang telah lama mereka gunakan, semestinya mereka mencari produk alternatif. Nah, inilah peluang untuk anda selaku usahawan lokal!
Modachi berikan 5 peluang untuk usahawan lokal selepas masyarakat giat memboikot produk dari negara yang memerangi Palestin.
1) PELUANG JENAMA BARU
Jika anda tercari-cari satu produk untuk diusahakan, cubalah buat satu produk yang seakan-akan produk yang telah diboikot. Memang anda perlukan bajet yang besar untuk memulakan perniagaan, namun apa salahnya mencuba.
Ada banyak produk daripada pelbagai industri. Ada industri makanan dan minuman, fesyen, kosmetik dan kepenggunaan misalnya produk cucian. Pilih satu dan fokus. Mana tahu ada rezeki untuk anda menjadi produk pilihan selepas masyarakat memboikot produk yang biasa mereka guna.
2) PELUANG BESARKAN SYARIKAT
Ini satu lagi peluang untuk anda wahai usahawan lokal! Bila lagi mahu membesarkan syarikat anda dengan cara meluaskan pasaran. Malaysia mempunyai berjuta penduduk. Jika sebelum ini anda hanya fokus kepada pasaran di Lembah Klang, kali ini anda boleh luaskan pasaran ke selatan pula. Jangan lupa fokus juga dengan di pantai timur, utara dan barat Semenanjung.
Kajilah pasaran baru. Inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Masyarakat telah memboikot dan mereka mencari produk alternatif untuk digunakan. Peluang keemasan.
3) PELUANG MANFAAT PENDUDUK SETEMPAT
Apabila produk diboikot, banyak cawangan jenama negara yang diboikot telah ditutup. Hal ini menyebabkan ramai pekerja berkemungkinan besar hilang pekerjaan.
Inilah masanya untuk anda menjadi sebuah syarikat lokal yang menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat yang memerlukan. Di samping itu, anda boleh meluaskan lagi pasaran dengan mendapat pekerja terlatih yang telah lama berkhidmat dengan syarikat sebelum ini.
4) PELUANG INOVASI
Satu lagi peluang untuk syarikat anda adalah menjalankan inovasi. Inovasi membolehkan produk keluaran anda menjadi lebih outstanding dan dikenali ramai. Di sini anda memerlukan rangkaian pemasaran yang mantap.
Inovasi perlu dilakukan dan disertai dengan pemasaran untuk menguar-uarkan produk anda yang telah dilakukan inovasi.
Sebagai contoh, jika anda mengeluarkan produk minuman malt coklat, apakah inovasi yang anda perlu lakukan? Jadilah sebuah produk minuman malt coklat yang enak, kurang gula namun tetap sedap bagaikan produk yang telah diboikot. Produk itu juga boleh dicampur dengan bijirin untuk menambah rasa kenyang apabila dijadikan hidangan sarapan.
Inovasi menjadikan produk anda mempunyai nilai lebih tinggi dalam pasaran.
5) PELUANG KERJASAMA
Pernah dengar ayat yang mengatakan bahawa perniagaan tidak boleh dilakukan secara bersendirian? Sesungguhnya, dalam perniagaan kita perlu bekerjasama dengan lebih ramai orang.
Untuk lebih mudah berkembang, anda perlu kenal lebih orang dan buat lebih ramai orang kenal dengan anda. Hal ini menjadikan anda banyak disebut-sebut.
Kerjasama dengan pelbagai pihak misalnya individu yang berpengaruh dalam dunia penyiaran menjadikan anda lebih mudah untuk menerokai peluang pemasaran. Kenali lebih ramai pihak media, anda lebih mudah untuk mempromosikan perniagaan anda.
Begitu juga jika anda kenal dengan banyak syarikat pembekal, anda lebih mudah untuk mendapatkan bahan bekalan tepat masa masanya. Tak rugi kenal lebih ramai orang, kan?
Kesimpulannya, kempen boikot membuka ruang lebih luas kepada usahawan lokal. Anda perlu rebut peluang ini sesegera mungkin untuk membesarkan perniagaan anda.
Perlukan bantuan kaedah pemasaran syarikat anda? Hubungi Modachi untuk sebarang khidmat nasihat. E-mel maryammodachi77@gmail.com