Sebagai orang bisnes, salah satu cara untuk menaikkan engagement hantaran di media sosial adalah dengan membuat konten menggunakan isu semasa terutamanya isu viral. Kenapa? Sebabnya hal ini sangat membantu untuk mendapat lebih banyak respon sekali gus membuat pemasaran dengan lebih baik. Jadi, tidaklah hantaran anda sendu memanjang.
Lihat saja pada hari ini, asal viral saja sesuatu isu, mesti ramai yang buat konten mengenainya. Tidak kira di platform media sosial yang mana satu. Di facebook, di TikTok atau di YouTube, mesti ada konten mengenai isu yang sedang viral.
Contohnya, baru-baru ini viral isu mengenai pempengaruh yang dipanggil Aliff Teega berpoligami. Maka banyak konten dibuat oleh pengguna media sosial. Malah, pengurus media sosial page bisnes misalnya Mydin pun mengambil isu viral tersebut untuk dijadikan konten. Antara konten di facebook Mydin adalah gambar dua botol minyak masak berjenama Alif yang dilihat seakan sama dengan nama pempengaruh yang sedang viral tersebut.
Artikel mengenai poligami pun banyak yang kembali mendapat rating tinggi. Ceramah-ceramah agama berkaitan poligami dan juga tanggungjawab suami isteri juga mulai bertebaran di media sosial. Mengapa?
Ini kerana, apabila seseorang itu membuat hantaran sama ada hantaran baharu ataupun memuat naik semula hantaran sedia ada, orang ramai cenderung untuk memberikan komen. Hal ini sekali gus membantu meningkatkan engagement hantaran tersebut.
Jika anda membuat perniagaan secara dalam talian, amat bagus jika anda pandai mengambil kesempatan sebegini. Kaitkan hantaran anda mengenai bisnes dengan isu-isu viral. Pun begitu, jangan keterlaluan.
Perlu diingat, jika anda seorang ejen takaful atau insurans, anda disarankan supaya tidak menggunakan isu viral untuk dikaitkan dengan perniagaan anda. Hal ini amat dilarang kerana membabitkan sensitiviti. Sebagai contoh, seorang selebriti telah meninggal dunia dan warisnya terlibat dengan isu perebutan harta pusaka. Jangan sekali-kali kaitkan situasi sedemikian dengan perniagaan anda terutamanya hibah. Jaga emosi waris si mati dan hormati privasi mereka.
FAHAMI LEBIH LAGI MELALUI BUKU PROWRITER
Dalam buku PROWRITER, ada disebut mengenai enam nilai cerita dalam penulisan anda. Salah satunya adalah situasi seperti yang diceritakan di atas, iaitu mengambil isu terkini dan diolah menjadi isi kandungan anda.
Enam nilai cerita dalam rencana yang terdapat dalam buku PROWRITER adalah:
1) Impak
2) Magnitud
3) Timely
4) Proximity
5) Prominence
6) Human interest
Contoh yang diberikan dalam rencana di atas adalah faktor timely. Ini kerana, kisah-kisah viral yang baru sahaja berlaku, sering mendapat perhatian. Malah, pengguna media sosial cenderung untuk memberikan komen.
Untuk anda mendapatkan informasi mengenai nilai cerita yang lain, boleh baca buku PROWRITER. Buku ini boleh dibeli melalui link berikut. SAYA NAK BUKU PROWRITER