PROWRITER: Buku Panduan Untuk Jadi Penulis Profesional!

Hari ini ramai penulis baru muncul dalam industri kreatif. Antaranya mereka menjadi penulis buku yang diterbitkan secara swaterbit. Isu swaterbit menjadi satu isu yang kerap dibincangkan terutamanya dari segi kualiti.

Mengapa isu ini terjadi? Ini kerana swaterbit adalah apabila seseorang itu menulis manuskripnya sendiri lantas menggunakan wang sendiri untuk mencetak dan menerbitkan buku. Maksudnya, penulis tidak memerlukan kelulusan daripada mana-mana pihak untuk menerbitkan bukunya.

Selain menulis untuk menghasilkan buku sendiri, ramai juga penulis yang menulis bagi pihak orang lain. Kewujudan mereka ini dinamakan sebagai penulis upahan. Golongan penulis upahan mengambil upah daripada mana-mana pihak yang mengupahnya untuk menghasilkan satu-satu teks.

Hal ini termasuklah manuskrip buku, skrip, copywriting, rencana ataupun hantaran di media sosial. Boleh dikatakan golongan penulis upahan semakin ramai ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Masalah seorang penulis pada hari ini adalah mereka tidak tahu menonjolkan diri mereka sebagai penulis profesional. Apatah lagi apabila tidak bahan rujukan terbaik untuk memandu arah mereka ini kepada tahap penulisan yang lebih baik

BUKU PROWRITER

Jangan bimbang! Kini anda boleh belajar cara untuk menjadi seorang penulis profesional. Buku PROWRITER ditulis oleh seorang bekas wartawan yang juga seorang penulis upahan yang berjaya dalam bidangnya.

MODACHI menerbitkan buku PROWRITER bagi membantu golongan penulis yang mungkin baru dalam industri ini untuk menjadi seorang penulis yang bagus seperti pro!

Sebahagian isi kandungan buku PROWRITER.

Buku ini mempunyai 185 muka yang mengupas pelbagai isu dalam penulisan. Antaranya:

  • Penjenamaan diri sebagai penulis
  • Penulis upahan
  • Bidang penulis profesional
  • Objektif menulis
  • Penulisan rencana
  • Upah menulis rencana
  • Rahsia tajuk yang berkesan
  • Copywriting
  • Penulisan kreatif
  • Tatabahasa
  • Penulisan media sosial
  • Elemen penceritaan (storytelling)
  • Panduan tingkatkan kemahiran menulis
  • Penulis dan pelanggan

Daripada setiap topik yang dibincangkan dalam buku ini, seorang penulis boleh mengetahui isu-isu yang kerap membendung mereka daripada menjadi seorang penulis yang profesional. Misalnya isu tatabahasa, penjenamaan diri ataupun keberkesanan dalam kemahiran menulis.

SIAPA PERLU DAPATKAN BUKU PROWRITER?

  • Penulis pemula yang hendak menambah kredibiliti dalam industri penulisan.
  • Penulis upahan yang hendak melakukan kerja-kerja penulisan secara lebih profesional.
  • Surirumah yang hendak cuba mendapatkan income melalui kerja menulis hanya dari rumah.
  • Ejen produk yang ingin menghasilkan copywriting berstrategi bagi mengiklankan produk di media sosial.

Ramai lagi yang sesuai memiliki buku PROWRITER kerana buku ini dihasilkan oleh penulis yang juga mantan wartawan dan menjadi penulis upahan secara sepenuh masa. Kini penulis juga seorang penceramah bertauliah bidang penulisan yang memberikan kursus kepada agensi kerajaan serta orang awam.

Dengan harga RM79 senaskhah, buku ini pastinya berbaloi untuk anda miliki.Dapatkan senaskah untuk anda hari ini (KLIK UNTUK MEMBUAT PESANAN)

APA KATA PEMBACA?

Jatuh cinta dengan buku PROWRITER kerana buku ini adalah buku panduan terbaik untuk jadi penulis profesional.
Buku ini ada aura yang kuat!
Rasa ‘penuh’ kerana banyak ilmu yang dikongsi dalam buku ini.
Buku ini menjawab persoalan yang selama ini tercari-cari jawapannya.
Buku yang sesuai dibaca kala berliburan.
Buku yang diperlukan oleh ramai penulis kerana bantu selesaikan masalah penulis.
Ilmu copywriting ada, ilmu penulisan kreatif pun ada.

Dapatkan senaskah untuk anda hari ini (KLIK UNTUK MEMBUAT PESANAN)