Bermula pada awal 2023 sebanyak 60 peratus pengguna internet (berumur 16 – 64) di Malaysia membuat brand survei secara online sebelum membuat pembelian, dengan menggunakan google, media sosial dan kedai online sebagai sumber utama untuk mengenal produk dan jenama.
(SUMBER: DataReportal)
Ini bermakna online presence dan first impression yang baik adalah sangat penting untuk business jika mahu kekal kompetitif sama ada online atau offline. Kalau tidak, pasti pembesaran business akan terbantut, hanya disebabkan orang tak dapat kenal business anda.
Jadi, di sini penulis ingin kongsikan empat punca business kecil tidak dapat expand lebih besar. Jom tengok!
Pening kepala melayari website
Website yang digunakan tidak user friendly
Website business tidak mudah diakses dan tidak dioptimumkan untuk kegunaan smartphone. Tak ada pelanggan yang akan melayari website yang kalut dan memakan masa. Padahal lebih 90% orang di Malaysia melayari internet melalui smartphones, jadi ini dikira rugi besar buat business.
Kalau susah untuk membuat laman web sendiri, business boleh memilih alternatif seperti, media sosial (cth: facebook, Tiktok), platform e-commerce (cth: Shopee, Lazada) atau rangkaian tv (cth: WowShop, GoShop) yang sudah terbukti berkesan. Jangan lupa untuk setting homepage yang welcoming.
b
Tiada khidmat pelanggan 24/7
Brader ni dah call 30 minit tak ada respond
Tiada yang lebih menyinggung perasaan apabila membuat panggilan tetapi tidak dilayan. Ini masalah yang sering berlaku pada business kecil dan sederhana, di mana tenaga kerja tidak diagihkan dengan baik. Tak lupa juga, pasti ada pelanggan yang cuba berhubung luar waktu operasi.
Business perlu menyediakan autoresponder atau chatbot supaya boleh melayan pelanggan selama 24/7 termasuk waktu cuti. Ini tidak bermakna tidak perlu manusia untuk menjaga khidmat pelanggan. Tenaga manusia masih diperlukan untuk masalah yang complex dan sensitif tetapi soalan yang biasa ditanya (FAQ) boleh dijawab tanpa bantuan manusia bila-bila masa.
b
Produk dan servis yang terhad dan tiada alternatif
Audiobook boleh dinikmati oleh ramai orang, termasuk orang buta
Peniaga memang bijak, tetapi bukan semua yang berani untuk mencuba perkara baru. Kebanyakannya akan memikirkan risiko yang tinggi tanpa mengindahkan apa yang sebenarnya pelanggan nak. Ini menyebabkan business kekal kecil dan tidak berjaya untuk menembusi pasaran.
Setiap pelanggan mempunyai rutin hariannya sendiri dan sebagai peniaga yang bijak, anda perlu menjual produk atau servis, yang menambah baik rutin itu. Yang paling tinggi demand buat masa ini adalah produk dalam bentuk digital seperti ebook dan audiobook.
b
Kejujuran dan ketulusan tidak dititikberatkan
Customer bagi ‘bad review’ online
Informasi pada dunia moden ini bergerak sangat laju, apa-apa sahaja berlaku di negara lain kita boleh tahu sekelip mata. Walaupun begitu, masih ada lagi peniaga-peniaga yang mencuba menipu pelanggan untuk keuntungan sementara. Kesannya, perbuatan peniaga cepat tersebar dan tiada orang yang nak berurusan dengannya.
Sebagai pengguna, mereka pentingkan informasi produk yang tepat dan lengkap. Tambahan lagi, sekarang ramai yang mementingkan perniagaan dilakukan secara beretika supaya pelanggan boleh menggunakan produk dan servis tanpa rasa risau. Jadi, business kena menyediakan maklumat tersebut di semua tempat yang beroperasi, sama ada online atau offline.
.
Inilah empat punca kenapa business kecil kekal kecil dan penyelesaiannya, jika masalah yang anda hadapi adalah sama, penulis harap artikel ini dapat membantu. Kalau tidak, boleh contact kami di Modachi untuk nasihat.