Untuk menjadikkan bisnes anda berjaya, pengiklanan itu adalah satu kewajiban yang tidak boleh dielakkan. Namun begitu, kos pengiklan yang tinggi tidak bermakna ia akan berjaya. Sebelum anda membeli iklan, anda mesti ketahui basic skill dan peraturannya.
Pengiklanan ada peraturannya, di sini kami akan kongsikan beberapa petua am yang boleh diguna pakai untuk iklan konvensional dan digital.
.
1. Nak Buat Iklan Ada Waktunya
Walaupun kita dikelilingi iklan setiap masa tapi sebenarnya iklan ni bukannya sesuatu yang dilakukan setiap masa. Anda perlu faham waktu yang terbaik untuk memulakan kempen iklan anda. Sebelum anda mengeluarkan bajet untuk iklan, pastikan iklan anda berlangsung secara optimum berdasarkan:
– Musim dan Cuti:
Iklankan produk atau perkhidmatan anda pada musim yang sesuai. Contoh: Prime Time sepeti trafik jem, perayaan, lunch time, atau cuti sekolah.
– Pelancaran Produk Baru:
Jika anda mempunyai produk baru yang ingin diperkenalkan kepada pasaran, ini adalah waktu yang bagus untuk mengiklankannya. Pastikan iklan ini disusun dengan baik dan sasaran kepada kumpulan sasaran yang betul.
– Promosi Khas:
Anda juga boleh mengiklankan promosi khas atau jualan. Jangan ‘kedekut’ nak share, ini adalah waktu terbaik untuk mendapatkan pelanggan baru. Tambahan lagi, ini membantu meningkatkan jualan anda.
.
2. Jangan Gunakan ‘Filter’
Dalam dunia digital masa kini, pengiklanan dalam talian mempunyai banyak alat untuk mensasarkan audiens yang sesuai. Elakkan menggunakan terlalu banyak ‘filter’ kerana ia adalah pembaziran yang sangat besar.
Ini kerana kriteria seperti umur, jantina, lokasi geografi, dan sebagainya boleh dibuat-buat. Tak lupa juga, ini akan mengecilkan sasaran audiens anda. Jangan kecilkan capaian iklan anda!
Secara Am, lagi luas capaian iklan anda itu lagi bagus.
.
.
3. Alternatif Tanpa Kos
Iklan bukanlah satu-satunya cara untuk mempromosikan perniagaan anda. Terdapat banyak cara lain untuk menjangkau pelanggan tanpa perlu mengeluarkan banyak wang untuk iklan. Ini termasuk:
– Media Sosial:
Penggunaan platform media sosial secara aktif, kreatif dan konsisten boleh membantu anda mencapai audiens anda tanpa perlu menghabiskan banyak wang.
– Pemasaran Konten:
Menulis blog, membuat video, atau mencipta konten berkualiti boleh membantu menarik perhatian pelanggan secara organik.
– Joint Venture:
Pertimbangkan kerjasama dengan perniagaan lain yang berkaitan untuk mempromosikan satu sama lain. Ini boleh mengurangkan kos iklan secara keseluruhan.
Berikut adalah peraturan basic yang anda boleh ikuti untuk mengoptimumkan pengiklanan anda. Untuk anda yang baru sahaja melakukan pengiklanan ini sudah memadai. Jika anda seberang soalan boleh sahaja bertanya di ruang komen, atau hubungi kami terus di sini.