Beli Starlink Untuk Internet Pantas Di Luar Bandar

Semua pembekal internet di Malaysia sudah menyediakan servis 5G, namun penduduk dan syarikat di luar bandar tidak dapat merasai keistimewaan tersebut. Sekarang anda tidak perlu risau lagi kerana peluang telah terbuka luas kepada penduduk luar bandar untuk berdaya saing di dalam dunia maya dengan pelancaran Starlink di Malaysia.

Teruskan membaca untuk pelajari apa manfaat yang anda boleh dapati dengan menggunakan Starlink.

Apa Itu Starlink?

Starlink ialah satu rangkaian satelit yang beroperasi dalam orbit Bumi rendah (LEO), yang dioperasikan oleh SpaceX, syarikat milik Elon Musk. 

Starlink dalam bahasa mudahnya adalah servis internet seperti wifi, tetapi mempunyai perbezaan besar yang membolehkan ia berfungsi di tempat terpencil. Ia berfungsi tanpa menggunakan menara telekomunikasi (cell towers) sepertimana wifi biasa menggunakannya. Sebaliknya, Starlink menghubungkan anda terus ke internet melalui satelit kecil yang terletak di LEO.

Starlink membawakan internet pantas kepada tempat-tempat yang sukar dijangkau oleh rangkaian tradisional. Ia memberikan liputan yang lebih luas, tidak kira sejauh mana anda dari bandar besar. Starlink juga merancang untuk menyediakan servis telefon mudah alih global mulai tahun 2023.

Starlink di Malaysia

Berita baik bagi warga Malaysia, Starlink kini telah tersedia di negara kita. Setiap negeri tidak kira di mana, semenanjung mahupun Sabah & Sarawak boleh menggunakan servis Starlink.

Harga yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia:

  • Langganan: RM220 sebulan
  • Bayaran Kit Starlink: RM2,300 sekali

Bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan servis Starlink di Malaysia, anda hanya perlu melawat laman web rasmi Starlink dan memasukkan alamat anda. Selesai sahaja mengisi maklumat dan membuat pembayaran, anda hanya perlu menunggu satu hingga dua minggu, itu sahaja.

Kelebihan Kepada Penduduk Luar Bandar

1. Liputan Global: Internet tersedia di seluruh Malaysia tak kira lokasi walaupun ia di tempat terpencil.

2. Latensi Rendah: Sangat sesuai untuk bermain game online dan membuat panggilan video.

3. Data Tanpa Had: Tiada had penggunaan internet

4. Internet Pantas: Ia sepantas memuat turun filem penuh HD dalam masa tiga minit sahaja.

Bagi pemilik bisnes di luar bandar, ini boleh merevolusikan bisnes anda dan menjadikan ia setanding dengan bisnes di bandar. Tidak dilupakan juga memudahkan isi rumah untuk berhubung dengan keluarga di bandar. Ini membenarkan pemodenan pendidikan di pendalam seperti apa yang guru ini lakukan:

@amoimorni

starlink. Happy betul cikgu izzat ni bila starlink dah sampai. Hahahahaha jom tgk hasil dia nanti 😍 #starlink #starlinksatellites #starlinkinternet #fyp #rurallife #sarawak #pedalamansarawak

♬ original sound – AmOi Morni – AmOi Morni

Kekurangan Yang Anda Kena Tahu

1. Ujian Beta: Starlink masih dalam peringkat ujian beta, jadi beberapa gangguan dan kelajuan yang lambat mungkin berlaku.

2. Keterbatasan Lokasi: Akses Starlink memerlukan pandangan terbuka ke langit. Bangunan atau pokok di sekitar rumah boleh mengganggu isyarat.

3. Pemasangan Sendiri: Ia seperti produk DIY, anda perlu memasang dan menyunting sendiri.

Starlink ialah teknologi revolusi yang berpotensi memberikan kesan positif kepada penduduk luar bandar di Malaysia. Dengan akses internet berkualiti tinggi, latensi rendah, dan liputan global, Starlink berpotensi mengurangkan kesenjangan digital dan membantu penduduk luar bandar berhubung dengan dunia maya. Walaupun masih mempunyai kelemahan, tetapi kami pasti manfaat yang dibawa lebih besar. Bagi penduduk luar bandar, Starlink adalah pintu menuju era baharu dalam penggunaan internet.


Internet pantas adalah langkah pertama untuk meroketkan bisnes anda, jika anda ingin mempelajari cara untuk mengubah internet anda kepada senjata perniagaan, boleh bermula perjalanan anda di sini.