Buat julung kalinya, Modachi Sdn Bhd menjalankan Bengkel Penulis Upahan di Kolej Komuniti Shah Alam. Kami amat berbesar hati untuk mengajak 20 orang sekitar Shah Alam yang bertuah untuk menyertai bengkel ini.
Yuran yang sangat berbaloi untuk anda mendapatkan ilmu menjadi penulis upahan dan meraih upah dengan hanya bekerja dari rumah. Pada zaman digital yang menuntut setiap perniagaan mempunyai konten untuk urusan bisnes mereka, maka khidmat penulis upahan amat diperlukan.
Dunia penulis upahan masih hijau dan terbuka luas untuk anda sertainya. Justeru, rugi jika anda yang mempunyai ruang dan peluang untuk bekerja dari rumah tidak menyelongkar dunia ini.
SIAPA PATUT SERTAI BENGKEL INI?
Kelas Penulis Upahan sesuai untuk:
👉 Anda yang minat menulis.
👉 Anda yang nak jana pendapatan dengan menulis.
👉 Anda yang nak tahu cara ‘meniagakan’ kemahiran menulis.
👉 Anda yang nak dapat duit dengan menulis dari rumah.
APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?
👉 Cara jadi penulis upahan profesional.
👉 Menentukan niche penulisan mengikut keperluan industri.
👉 Cara mendapatkan pelanggan.
👉 Belajar menjenamakan diri sebagai penulis upahan.
👉 Strategi kandungan penjenamaan.
👉 Menentukan harga servis menulis dan pengurusan kerja.
👉 Menentukan ‘USP’ sebagai penulis upahan.
BUTIRAN LANJUT
✅ 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁: Kolej Komuniti Shah Alam
✅ 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 9 September 2023
✅ 𝗛𝗮𝗿𝗶: Sabtu
✅ 𝗠𝗮𝘀𝗮: 10 pagi – 12 tengah hari
✅ 𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻: RM95/seorang (Harga asal RM150)
📌Sijil penyertaan diberikan oleh pihak Kolej Komuniti Shah Alam.
SCAN QR CODE UNTUK SERTAI
https://forms.gle/M9R2zgvSbM1Fo2bb9
KENALI JURULATIH – MARYAM ELYAS
- Maryam Elyas ialah wartawan prolifik yang pernah berkhidmat dalam media arus perdana selama lebih 16 tahun. Beliau kemudian mengambil keputusan menjadi penulis profesional melalui dunia penulis upahan bermula Januari 2021 hingga Januari 2023.
- Lebih terdedah kepada gaya penulisan majalah, beliau pernah berkhidmat di majalah Jelita, Berita Publishing dan pelbagai majalah terbitan Karangkraf iaitu MIDI, Mingguan Wanita dan RASA. Beliau turut berpengalaman menulis di portal Bercinta Selepas Nikah, Kashoorga dan Vanila Kismis. Sepanjang karier sebagai wartawan, beliau ditugaskan di Meja Rencana Gaya Hidup dan Meja Special Interest.
- Pernah memenangi hadiah kewartawanan, Penulis Rencana Terbaik (Bahasa Melayu) pada 2007 bagi rencana di majalah Jelita bertajuk Tangan Yang di Bawah iaitu sebuah pendedahan eksklusif mengenai aktiviti pengemis sekitar Kuala Lumpur. Beliau menganggap anugerah ini sebagai satu pengiktirafan sangat berprestij daripada Institut Akhbar Malaysia (MPI).
- Beliau turut aktif sebagai jurulatih penulisan rencana kepada penulis pemula terutamanya penulis upahan dan pegawai di organisasi kerajaan serta syarikat korporat.
- Mulai Februari 2023, beliau kembali mewarnai dunia penulisan kandungan sebagai Pengurus Kandungan Strategik di Modachi Sdn. Bhd. Tugas beliau adalah merancang dan melaksanakan skop kandungan berstrategi untuk pemasaran.
- Bagi beliau, bidang penulisan kandungan pada hari ini amat berbeza dengan kandungan pada awal tahun 2000 dahulu. Bergiat lebih 20 tahun dalam bidang penulisan kandungan, beliau dapat menyaksikan perubahan dalam penghasilan sesebuah kandungan. Namun, dinamik bidang penulisan itu sentiasa memberikan kesan hebat kepada golongan penulis.
- Sebagai jurulatih bertauliah dari HRD Corp, beliau amat dedikasi dalam memberikan latihan kepada peserta bengkel yang dijalaninya.