Twitter, Sebab Sebenar Elon Musk Tukar Kepada X

Pada bulan Julai, dunia maya digemparkan dengan perubahan terbaru yang melibatkan rangkaian sosial terbesar di dunia, Twitter. Dengan kritikan yang keras daripada pelbagai pihak. Twitter kini telah berubah nama menjadi X, berkat kepemilikan baru yang tidak lain dan tidak bukan, adalah Elon Musk, Pengarah Urusan Tesla yang terkenal.

Kini, anda mungkin terfikir, “Kenapa Elon Musk memutuskan untuk mengubah nama Twitter kepada X, sudah nyanyok ke?” Nah, artikel ini akan terangkan tiga sebab sebenar di sebalik perubahan yang tak masuk akal ini.

X: Bukan Sekadar Aplikasi Media Sosial

x.com akan menjadi platform servis serba boleh

Dalam dunia yang semakin berkembang dalam teknologi, aplikasi rangkaian sosial semakin menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita. Dengan perubahan kepada nama Twitter / X, aplikasi ini tidak lagi hanya berfungsi sebagai platform berhubung dan berkongsi pendapat. Elon Musk merancang untuk mengubah ia menjadi sebuah platform serba boleh yang menawarkan pelbagai fungsi kepada pengguna seperti:

  • Berkongsi Kandungan
  • Menonton Video
  • Menghantar Direct Message (DM)
  • Menjana Pendapatan
  • Permainan Video
  • E-dagang
  • Panggilan Video

Selain itu, perbankan juga akan diperkenalkan menggunakan pengalaman beliau mengurus PayPal. Pengguna akan berkebolehan menghantar duit dan membuat urusan perbankan melalui aplikasi ini, menjadikannya lebih daripada sekadar satu alat sosial.

X: Inspirasi Dari Masa Lalu

Elon Musk semasa dia muda

Sekiranya anda tahu sedikit tentang sejarah teknologi, anda mungkin akan ingat ‘x.com’ yang dicipta oleh Elon Musk dahulu. Sebelum terkenal dengan Tesla dan SpaceX, Musk telah menghasilkan platform x.com yang kemudiannya berkembang menjadi apa yang kita kenal hari ini sebagai PayPal. Pada ketika itu juga, Elon Musk sudah merancang untuk menjadikan x.com sebagai sesuatu servis yang serba boleh bukan sahaja berfokus pada finance.

Setelah memperoleh Twitter, impian beliau yang sudah pupus, kini berpeluang untuk menjadi kenyataan. Dengan kepakaran staff yang berada di Twitter bersama-sama ilmu dalam mengendali dua syarikat gergasi Tesla dan SpaceX, pasti impiannya akan menjadi kenyataan.

Mengambil Semangat Dari WeChat: Kajian Kes Di China

Fungsi WeChat di Cina yang perlbagai

Satu lagi sebab yang mendorong perubahan ini adalah kesan positif yang diberikan oleh aplikasi WeChat di China. WeChat bukan sahaja berfungsi sebagai platform berhubung, tetapi juga sebagai alat pembayaran, cara untuk menjana pendapatan melalui kandungan, dan platform perniagaan. Ini memberikan peluang yang luas kepada para pengguna untuk menggabungkan pelbagai aspek dalam satu aplikasi.

Elon Musk terinspirasi oleh kejayaan dan keberkesanan WeChat dalam menggabungkan pelbagai fungsi dalam satu platform dan ingin membawa konsep ini ke Amerika Syarikat dengan Twitter / X. Twitter / X baru sahaja memberikan peluang kepada pengguna untuk menjana pendapatan melalui kandungan mereka sendiri, satu per satu servis baru akan diperkenalkan di masa hadapan.

Perubahan nama Twitter kepada X bukan sekadar perubahan nama semata-mata. Ia adalah langkah berani yang diambil oleh Elon Musk untuk mengubah permainan dalam dunia aplikasi rangkaian sosial. Dengan fungsi yang diperluaskan dan pelbagai peluang yang ditawarkan, Twitter / X akan berubah menjadi lebih daripada sekadar platform berhubung.

Sambil kita menunggu perkembangan lanjut dan inovasi ini terlaksana, satu perkara pasti – X adalah satu contoh yang menunjukkan bahawa dalam dunia teknologi, perubahan adalah satu-satunya perkara yang berisiko, tetapi harus dilakukan untuk peningkatan. Kita boleh berpandang positif pada usaha Elon Musk dan X di masa hadapan.