Anda Buat Bisnes Industri Kecantikan? Ini Antara Tip Kukuhkan Jenama

Industri kecantikan adalah satu industri yang amat besar. Dikatakan industri ini mempunyai nilai pasaran hingga mencecah AS$999 juta menjelang tahun 2026. Ini bermakna, jika anda sekarang ini sedang berada dalam industri kecantikan, maknanya anda berada di landasan perusahaan yang betul.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyarankan supaya perkara berikut diteliti memandangkan industri kecantikan mempunyai potensi yang besar. Antaranya permintaan pengguna, rantaian nilai, penggunaan teknologi dalam trend semasa rawatan kecantikan dan keselamatan pengguna. (Sumber Malaysia Gazette)

Justeru, setiap usahawan bisnes kecantikan perlu mengukuhkan jenama masing-masing supaya dapat berdaya saing pada masa akan datang. Strategi pemasaran perlu betul dan jelas.

Berikut adalah 5 strategi yang boleh dilakukan:

1) PERLU PERBANYAK INTERAKSI DENGAN PELANGGAN

Sama ada mendapatkan pelanggan ataupun mengekalkan pelanggan, sebagai orang bisnes, anda perlu kerap berinteraksi dengan pelanggan. Lantik seorang kakitangan yang mampu menguruskan segala soalan pelanggan sama ada melalui online ataupun bersemuka. Jangan biar soalan-soalan pelanggan terbiar tanpa sebarang tindakan.

2) KERJASAMA DENGAN PAKAR

Dalam industri kecantikan, semestinya ada pakar. Alangkah bagusnya jika anda dapat bekerjasama dengan mana-mana pakar yang dipercayai bertauliah dalam bidang masing-masing. Kerjasama ini dapat meningkatkan jenama produk anda sendiri.

3) KOMERSIAL SECARA BIJAK

Ada pelbagai cara untuk memasarkan produk. Ada yang menggunakan cara viral, ada yang menggunakan cara berhemah. Anda perlu bijak memilih strategi pemasaran produk anda. Objektif pemasaran adalah untuk menaikkan jenama dan meningkatkan jualan. Penjenamaan perlu disokong dengan informasi jujur dan bukti yang kukuh.

4) KAJI PESAING ANDA

Anda tidak boleh hanya memandang sepi berkaitan dengan pesaing. Anda perlu mengambil berat mengenai pesaing anda. Kaji fakta produk mereka diterima ramai dan sangat bagus jika anda boleh tahu apa kelemahan pesaing anda.

5) KAJI KEPUASAN 

Selepas pelanggan membeli produk, kaji kepuasan mereka. Hantar e-mel kepada mereka untuk mereka jawab beberapa soalan daripada anda. Hal ini memang agak sukar, namun anda boleh cuba tawarkan sampel percuma yang mungkin boleh menarik perhatian mereka untuk menjawab soal selidik anda.

Kesimpulannya, untuk berjaya dalam industri kecantikan, sememangnya seorang usahawan itu perlu melakukan perkara-perkara di belakang tabir yang boleh menyokong kemajuan perusahaan tersebut. Lakukan lima perkara ini dengan konsisten