Billboard Tak Pupus, Malah Makin Berevolusi

Dalam dunia pemasaran yang sentiasa berkembang, pemilik bisnes semakin mencari cara inovatif untuk mencapai sasaran audiens mereka. Terdapat satu kaedah periklanan luaran yang anda sendiri tidak terfikir tetapi masih menarik minat dan relevan, iaitu billboard. 

Dalam blog post ini, mari kita meneroka mengapa fenomena billboard terus bertahan dan berubah mengikut peredaran masa. Kita akan menyelami pelbagai teknologi dan elemen kreatif yang telah menghidupkan semula daya tarik billboard.

Teruskan membaca perkongsian revolusi billboard yang menginspirasi ini dan temukan bagaimana ia dapat memperkukuh pemasaran bisnes anda.

Billboard Kreatif

Billboard sekarang mestilah fokus pada visual, makin sikit teks makin bagus, cukup-cukup sahaja untuk sesiapa yang memandangnya tahu konteks billboard itu. Anda sebagai pengiklan mesti merekacipta billboard yang ‘menarik untuk dikongsikan di media sosial’. Ini bermakna billboard yang boleh membuat netizen memborak. Sebagai contoh:

Billboard kreatif yang digunakan di luar negara

Billboard Terbalik – banyak dipraktikkan di Indonesia dan juga oleh Lazada

Gimmick billboard terbalik yang tular di media sosial

Billboard Barbie – billboard pink kosong, hanya tarikh pelancaran di sertakan

Gimmick billboard kosong

3D Digital Billboard

Masa untuk upgrade ke level dua, iaitu 3D Digital Billboard atau nama lainnya Façade LED. Di Malaysia, billboard jenis ini sudah siap sedia di beberapa tempat strategik di Kuala Lumpur. Ia sangat menonjol, lagi-lagi pada waktu malam, ia memukau. Contoh:

3D Digital billboard di KL Junction

3D Digital billboard di Pavillion Mall KL

The Sphere

Sphere at The Venetian Resort, atau The MSG Sphere Las Vegas Merupakan satu berbola kaca LED gergasi di Las Vegas. Luarannya menjadi tumpuan pengiklan kerana ia memberi peluang untuk membentuk iklan yang tidak pernah dilihat, tempat strategik, dan besar. Ini apa yang netizen telah kongsikan:

Pengiklanan The Sphere daripada pandangan pejalan kaki

Sambutan 4 Julai dari The Sphere

Seperti yang anda sudah lihat, billboard sekarang semakin kreatif dan mempunyai gimmick nya yang tersendiri sehingga menjadi perbualan netizen. Jika anda berminat untuk memiliki billboard yang setara dengan apa yang anda lihat sekarang, anda perlulah membuat perancangan yang bagus dari design, mesej yang ingin disampaikan dan gimmick.


Jika anda mahukan solusi yang lebih mudah, hantarkan sahaja permintaan anda kepada kami, Modachi akan merangka pelan marketing billboard untuk anda tanpa risau. Hantarkan sahaja permintaan anda kepada kami di sini.