Audiens Dibahagikan Kepada 4 Peringkat Sebelum FYP di TikTok

TikTok ialah platform media sosial yang paling senang untuk mendapat views dan engagement, tetapi tidak bermakna ia senang untuk mendapat pengikut mahupun jadi fyp (viral). Ini kerana TikTok bahagikan audiens anda kepada empat peringkat, dan ini penerangannya:

Empat Peringkat Audiens Di TikTok:

.

  1. Audiens Sasaran: 1 – 500 tontonan. TikTok akan sebarkan video anda kepada sesiapa yang berminat berpandukan tag, tajuk dan kata-kata di dalam video anda.
  2. Audiens Ujian: 1,000 – 5,000 tontonan. Sebelum video anda disebarkan lebih luas, video anda akan diuji oleh audiens tertentu.
  3. Audiens Umum: 50,000 – 1,000,000 tontonan. Di sinilah video-video fyp berada, kejayaan video anda hanya berpandukan citarasa khalayak umum.
  4. Viral: 1,000,000+ tontonan. Jika tontonan anda bersesuai untuk orang ramai, tidak berbahaya, dan tidak di shadowban, ia akan disebar luas.

Sekarang anda sudah tahu salah satu rahsia TikTok, tetapi macam mana nak naik ke peringkat seterusnya? Untuk bawa video anda ke peringkat seterusnya, anda mesti melepasi garis ukur yang ditetapkan oleh TikTok.

Garis Ukur di TikTok

.

Khususnya kepada TikTok, apa-apa video sekali pun ada peluang untuk menjadi fyp, tidak kira jumlah pengikut, jumlah video yang sudah di pos, akaun baharu, mahupun engagement. Hanya ada satu garis panduan yang TikTok titikberatkan, iaitu:

DURASI MASA TONTONAN SESUATU VIDEO YANG TINGGI

Apa maksudnya?

Jika video anda berdurasi 3 minit, dan audiens anda menonton selama 2 minit dan 30 saat maka anda sudah berjaya. 

Tetapi jika video anda berdurasi 1 minit tetapi audiens anda cuma menonton selama 3 saat sahaja, maka video itu sudah gagal.

.

Apabila durasi tontonan anda rendah, walaupun ia mempunyai tontonan sebanyak 300 sekalipun ia tidak akan disebarkan kepada audiens peringkat ke-2, Audiens Ujian dan seterusnya. 

Jika video anda mempunyai 300 tontonan, and perlu memastikan lebih daripada 200 tontonan itu berdurasi yang panjang dan bukannya 3 saat yang di swipe atas oleh seseorang yang tidak berminat.

Nota tambahan: Video berdurasi rendah seperti tiga saat juga tidak lagi dilayan. Video berdurasi 10 minit mula menjadi tumpan TikTok.


Konklusinya, anda sudah tahu apa yang akan membuatkan video anda menjadi fyp di TikTok. Tindakan anda seterusnya haruslah mencipta video yang bukan sahaja menarik perhatian penonton, tetapi juga yang mengekalkan mereka untuk tonton sampai habis.

Di Modachi, kami juga ada servis untuk individu dan syarikat kecil, dan pastinya boleh membantu anda untuk membuatkan storyboard untuk dapatkan fyp di TikTok. Dapatkan sebut harga secara PERCUMA di sini.