Billboard adalah salah satu cara pemasaran yang boleh dilakukan untuk penjenamaan produk. Jika anda ingin membuat billboard, ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan. Jom kita lihat apakah perkara tersebut.
1) KUKUHKAN PENJENAMAAN
Sebelum membuat billboard, cuba fikirkan perkara yang hendak dimasukkan demi mengukuhkan jenama anda. Antaranya logo, slogan dan mesej yang hendak disampaikan dalam billboard itu nanti.
2) VISUAL
Bincanglah dengan staff unit pemasaran anda mengenai visual yang hendak ditonjolkan. Visual yang menarik dapat menyampaikan mesej dengan jelas.
3) KREATIVITI
Kreativiti adalah sesuatu yang mahal. Gabungan visual menarik dengan kreativiti mantap dapat menjadikan billboard anda jauh ke hadapan sekali gus menjadi satu billboard yang luar biasa.
4) STORYTELLING
Hanya dengan sebuah visual, ditambah dengan slogan menarik, anda boleh menghasilkan sebuah billboard yang mampu bercerita kepada audien.
5) CALL-TO-ACTION
Point ini sangat penting kerana tanpa ada satu nombor atau apa-apa yang boleh menghubungi anda, anda tidak dapat hasil apa-apa. Letakkan nombor telefon, website atau e-mel untuk pelanggan menghubungi anda.
6) KENALI TARGET
Sebelum memasang billboard, pastikan anda kenal siapakah target anda dan di manakan mereka ini berada. Selepas mengenal pasti hal ini, barulah pacak billboard anda di lokasi yang mempunyai ramai target audien anda.
7) TEMPOH MASA
Pasang billboard anda ikut tempoh masa tertentu. Lihat sahaja jenama makanan segera terkenal seperti Mc Donalds yang menaikkan billboard Burger Prosperity apabila Tahun Baru Cina semakin hampir menjelang. Hal ini supaya orang yang memandang terasa ada relevannya billboard itu dipasangkan.
Pun begitu, pemasangan billboard berkait rapat dengan peraturan di bawah pihak berkuasa tempatan. Justeru, anda perlu mendapatkan kelulusan sebelum memasang sebarang billboard.