Humanise-kan Syarikat Anda Dalam 10 Langkah

Dalam dunia teknologi yang pesat ini, sentuhan manusia sudah menjadi sesuatu yang asing bagi pengguna maya. Secara tidak sedar, ia mempengaruhi pemilihan pengguna untuk lebih cenderung kepada syarikat yang bersifat kemanusiaan dan bukan corporate. Jadi apa tunggu lagi, kita harus berusaha untuk menjadikan syarikat kita lebih manusiawi (humanising) dalam segala aspek.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan 10 langkah untuk membuat syarikat anda kelihatan lebih manusiawi.


1. Elak Menggunakan Gambar Stock Photo:

Hindari menggunakan gambar stock photo yang tidak mempunyai kaitan dengan syarikat anda. Sebaliknya, gunakan gambar pekerja syarikat anda atau gambar yang berkaitan dengan industri anda untuk mencipta hubungan emosi dengan pelanggan.


2. ‘About Us’ yang Asli:

Kongsikan cerita unik syarikat anda di bahagian ‘About Us’ di laman web anda. Ceritakan bagaimana syarikat anda bermula, nilai-nilai yang anda pegang, dan matlamat anda untuk membantu pelanggan.


3. Kongsikan ‘Behind-the-Scenes’:

Berikan gambaran dalaman tentang operasi syarikat anda dengan kongsikan gambar-gambar atau cerita mengenai proses pengeluaran, pasukan kerja, atau peristiwa dalaman. Ini akan memberi pelanggan gambaran yang lebih jelas tentang syarikat anda.


4. Tanggungjawab Sosial Korporat:

Perkara yang dapat meningkatkan imej manusiawi syarikat anda adalah melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Sertailah kempen amal, sumbangan kepada masyarakat, atau inisiatif kelestarian alam sekitar untuk menunjukkan bahawa syarikat anda prihatin dan terlibat dengan isu-isu sosial.


5. Video:

Gunakan video untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Buat video pengenalan syarikat, video tutorial, atau testimoni pelanggan untuk memperlihatkan wajah manusia di sebalik syarikat anda. Video adalah cara yang efektif untuk mencapai emosi dan meningkatkan keterlibatan.


6. Penajaan:

Sertailah dalam program penajaan yang relevan dengan industri anda. Dengan melibatkan diri dalam acara-acara atau program-program komuniti, syarikat anda akan lebih dikenali dan dikaitkan dengan nilai-nilai positif.


7. Ketengahkan Kisah Pelanggan dan Klien Anda:

Kongsikan kisah sukses pelanggan dan klien anda. Berikan ruang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk dan servis syarikat anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda memberi tumpuan kepada pelanggan dan menghargai hubungan dengan mereka.


8. ‘Personalised’ Pemasaran Automatik Anda:

Walaupun menggunakan pemasaran automatik, pastikan ia masih mempunyai elemen peribadi. Gunakan nama pelanggan dalam emel atau mesej, dan tambahkan sentuhan personal seperti ucapan atau tawaran khas untuk membuat mereka merasa diberi perhatian.


9. Tunjukkan Bahawa Anda Bukan Sempurna:

Berikan gambaran bahawa syarikat anda juga mempunyai kelemahan dan menghadapi cabaran. Ini akan menunjukkan ketulusan dan kejujuran syarikat anda serta membuat pelanggan merasakan mereka juga boleh terhubung dengan anda.


10. Maskot:

Pertimbangkan untuk mempunyai maskot syarikat yang dapat mewakili budaya dan personaliti syarikat anda. Kebanyakkan syarikat sekarang sudah melupakan maskot masing-masing, padahal maskotlah entiti yang sangat dikenali pelanggan. Maskot dapat merubah imej syarikat untuk kelihatan lebih mengalu-alukan, khususnya kanak-kanak dan pekerja syarikat.


Contoh Pendekatan Manusiawi (Humanising Approach) Daripada syarikat tempatan

1. Maxis menggunakan gambar masyarakat Malaysia di media sosial. 

2. Maxis menggunakan nama staf apabila membalas komen di twitter.

3. Maybank membuat video mengikut trend di media sosial.

PSA elak scammers, berbentuk hiburan trend TikTok

Walaupun hanya di sebalik kaca skrin dengan menggunakan langkah-langkah yang disebutkan di atas, anda dapat membantu syarikat anda menjadi lebih manusiawi, dan membangun hubungan yang lebih kuat dengan pelanggan sambil memenangi kepercayaan mereka. Ingatlah bahawa pada akhirnya, pelanggan mempunyai perasaan dan keperluan emosi yang perlu dipenuhi.