Meh Jadi Influencer, Belajar Dari Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Influencer Besar dan Kecil

Zaman sekarang ramai yang bercita-cita ingin menjadi seorang influencer, tak kisahlah orang muda mahupun yang bekerluarga. Malangnya tiada rujukan untuk mereka, dan hanya mampu bergerak dengan mata tertutup. Tetapi jangan risau, kali ini kami di Modachi, akan bantu anda.

Tidak kiralah jika anda baru bermula ataupun sudah mempunyai pengikut tegar, kami menyediakan panduan dari setiap tahap yang bersesuaian dengan anda. Panduan ini akan disertakan objektif yang perlu anda laksanakan dan kesalahan yang kebiasaan influencer lakukan.

Permulaan (Bawah 1,000 Pengikut)

Bermula dengan hanya peralatan yang minimum

Anda baru sahaja ingin bermula atau telahpun bermula tetapi sekadar bersahaja tanpa memikirkan ingin menjadi influencer.


Objektif 


– Anda hanya perlu fokus pada posting yang konsisten.

– Cari niche (kepakaran/minat) anda

– Tidak pernah mengalah

– Minta bantuan kawan/kenalan/keluarga untuk jadi pengikut

– Lakukan engagement (balas komen/bercakap pada pengikut dalam konten)


Kesalahan


Posting tanpa mengenali niche, kebanyakan influencer pada tahap awal akan melakukan kesilapan ini. Mereka akan fokus posting sahaja konten-konten secara rawak hingga akhirnya salah satu video itu menjadi viral. Ini dikira jalan standard yang ramai influencer lalui, tetapi secara purata akan makan masa selama dua tahun baru akan berjaya mencapai tahap Nano.

Patah semangat apabila melihat views, ini adalah cerita lapuk yang selalu berulang. Anda berminat untuk menghasilkan konten tetapi bila melihat view dan pengikut tidak naik, anda terus berhenti. Ketahuilah view rendah itu adalah perkara biasa selagi niche itu tidak dijumpai, janganlah patah semangat.

Nano (Minima 1,000 Pengikut)

Sekarang sudah mengenali niche anda dan tahu apa yang pengikut anda mahukan.


Objektif


– Lakukan engagement (balas komen/bercakap pada pengikut dalam konten)

– Reka format penceritaan (storytelling) konten anda

– Mendalami kemahiran lain (mereka thumbnail/copywriting)

– Sediakan maklumat anda untuk bisnes dan cara berhubung


Kesalahan


Nak jadikan influencer sebagai kerja tetap, jangan terburu-buru membuat keputusan. Anda tiada modal yang mencukupi lagi untuk menampung kos operasi sebagai influencer. Tambahan lagi, anda baru Nano, jumlah pengikut anda tidak mencukupi lagi untuk menjana pendapatan dari penghasilan konten.

Mudah terpengaruh dengan komen-komen, sekarang anda sudah faham bertapa pentingnya untuk anda membaca dan membalas komen. Tetapi di sini juga tempatnya haters akan maki dan merendahkan usaha anda. Jangan putus asa, teruskan usaha. Ketepikan komen-komen yang tiada inti itu dan fokuskan pada komen yang memberi kritikan yang membangun.

Micro (Minima 10,000 Pengikut)

Cuba memasarkan merchandise sendiri

Sudah tiba masanya untuk mengembangkan pengaruh anda ke luar alam maya.


Objektif


– Menjual merchandise yang selari dengan minat pengikut dan bidang anda 

– Membuat giveaway kepada pengikut anda

– Perhatikan trend semasa

– Mula untuk memberitahu pengikut situasi anda, kesihatan/perubahan konten (jika perlu)

– Berkolaborasi dengan influencer lain

– Mengambil idea dari influencer lain dan adaptasikan ikut gaya anda

– Cuba mendapatkan sponsorship atau membuka akaun ‘Patreon’


Kesalahan


Gagal memberitahu situasi anda kepada pengikut, anda perlu memberitahu segala yang berlaku di sebalik tabir jika ia melibatkan konten anda. Kenapa kurang pos konten? Kenapa terima sponsorship? Anda perlu terangkan. Pengikut anda semua berminat untuk mengenali anda dan berhak untuk mengetahui apa yang berlaku kepada anda kerana tanpa mereka anda tidak akan sampai sejauh ini.

Menjual merchandise yang tiada permintaan, sebelum membuat merchandise, anda mesti mengetahui apa yang pengikut anda mahukan. Ambil masa untuk mengkaji dan bertanya kepada mereka yang pakar kerana anda perlu elak kerugian. Paling senang tanya terus pada pengikut anda, apa yang mereka mahukan.

Macro (Minima 100,000 Pengikut)

Anda sudah menjadi seorang veteran dalam dunia maya, dan tidak boleh lagi bergerak solo.


Objektif


– Berusaha untuk menjadikan influencer sebagai kerja tetap

– Mengumpulkan pasukan untuk mencipta konten

– Menjaga jenama anda supaya boleh dipasarkan

– Memberikan tumpuan pada kualiti konten dan bukan kuantiti

– Berbincang untuk membeli/menyewa studio

– Tunjukkan sifat menderma


Kesalahan


Tak nak kerja dengan orang lain, ini merupakan masalah besar ramai influencer. Sebab inilah ramai influencer tidak berjaya untuk mencecah satu juta pengikut. Mereka keras kepala dan tidak mahu mengupah orang lain untuk menyenangkan kerja sendiri. Ada yang berjaya menjadi Mega tanpa bantuan orang lain, tetapi konten hanya berjaya dihasilkan pada jangka masa yang lama seperti enam bulan satu video.

Taksub nak farm views, tahap ini anda sudah selesa dengan kerja anda sebagai influencer dan lebih fokus untuk kejar views dan pengikut. Sebab ini anda akan paksa diri anda untuk pos kandungan secara harian hingga menyiksa diri. Kualiti kandungan tidak konsisten dan hanya melihat pengikut dan views anda sebagai wang.

Mega (Lebih 1,000,000 Pengikut)

Jenama anda dikenali ramai

Anda adalah sebuah jenama dan pendapat anda mempunyai pengaruh besar.


Objektif


– Anda perlu mengendali konten sepertimana bisnes dan syarikat

– Perlukan consultant, producer, lawyer, manager, dll.

– Menjaga hubungan dengan orang ramai, syarikat luar dan negara

– Mencipta program anda sendiri di alam maya dan nyata

– Mesti pandai mengurus stress, kesihatan dan krisis

– Banyak menderma


Kesilapan


Tidak mengenali diri, perlu faham yang diri anda bukan lagi ‘orang’ tetapi sebuah jenama besar. Pendapat yang keluar dari mulut anda boleh menaikkan dan merosakkan reputasi syarikat. Tidak lupa juga yang anda sudah mempunya ramai pekerja di bawah anda, yang bergantung pada konten yang anda cipta.

Sudah habis kreativiti, kemungkinan besar anda sudah lebih dua tahun menjadi influencer. Bermakna kreativiti anda sudah habis dihauskan. Cabaran anda pada tahap Mega ini cumalah kreativiti anda sendiri, ini sebab ada yang mengupah producer. Ada influencer Mega yang kurangkan pos kandungan dan lebih kepada menjual produk jenama sendiri.

Ini sahaja yang dapat dikongsikan dari kami tentang kesalahan yang biasa dilakukan influencer dan objektif ringkas yang anda boleh ikuti. Sila hadam baik-baik dan kenali pengikut anda untuk capai keputusan yang anda mahukan. Anda boleh juga membaca blog pos kami yang lain mengenai influencer.

Jika masih ragu-ragu, anda boleh terus sahaja berhubung dengan kami melalui +60123709293 atau emailkan sahaja.


PERINGATAN status influencer berbeza mengikut platform, anda boleh dapatkan jadual ringkas status influencer kami untuk Facebook, Instagram, Tiktok dan YouTube dengan hanya melanggan newsletter kami secara PERCUMA sahaja.