Kategori Influencer Yang Perlu Orang Bisnes Ketahui Sebelum Dilantik Untuk Kempen Marketing

Ada ramai influencer di luar sana. Justeru sebagai orang bisnes, anda perlu mengetahui ranking atau kedudukan influencer yang hendak diambil bagi mewakili syarikat anda. Hal ini adalah untuk menetapkan bayaran bagi kerjasama yang dilakukan.

Lazimnya, semakin ramai pengikut influencer tersebut di media sosial miliknya, maka akan jadi lebih tinggilah bayaran yang perlu anda buat. Pun begitu, usah dilupa mengenai engagement yang ada di media sosial mereka.

Jom kita lihat kategori influencer yang ada:

NANO INFLUENCER

Nano influencer mempunyai pengikut yang tidak begitu ramai.

Jumlah pengikut antara 1,000 hingga 10,000.

Nano influencer memang tidak mempunyai pengikut yang terlalu ramai. Namun, kebiasaannya pengikut nano influencer sangat dengan influencer tersebut. Ini kerana konten yang dibuat oleh nano influencer adalah konten yang fokus kepada niche tertentu. 

MIKRO INFLUENCER

Pengikut berjumlah 10,000 hingga 100,000 melayakkan anda tergolong dalam kategori mikro influencer.

Jumlah pengikut antara 10,000 hingga 100,000.

Mikro influencer mempunyai pengikut yang masih dekat dengan perkembangan konten yang dibuat. Ini kerana pengikutnya memerhati konten yang dibuat atas dasar minat. Niche yang dibuat delta diri mereka. 

MAKRO INFLUENCER

Mencapai 100,000 hingga 1 juta pengikut membolehkan anda mengubah persepsi dan trend masyarakat melalui kempen yang dibuat.

Jumlah pengikut antara 100,000 hingga 1 juta.

Individu yang bergelar makro influencer sememangnya mempunyai jumlah follower yang ramai. Pengaruhnya bukan sedikit tetapi sangat signifikan dan boleh mencapai audien yang lebih luas.

Lazimnya, hubungan makro influencer dengan pengikutnya sudah agak jauh kerana jumlah pengikut yang terlalu ramai. Hubungan antara mereka bolehlah dikatakan formal dan bukannya lagi sentuhan peribadi. 

Namun, konten yang dibuat bersama makro influencer boleh mencapai audien dengan lebih luas kerana mereka dikenali ramai.

MEGA INFLUENCER

Jumlah pengikut lebih 1 juta.

Mega influencer dikenali secara luas kerana media sosial mereka selalunya mendapat pengiktirafan daripada syarikat media sosial seperti facebook dan instagram. Malah, mega influencer juga selalunya kerap menjadi wajah syarikat besar. Tidak keterlaluan jika dikatakan mega influencer mempunyai kekuatan untuk mengubah trend msyarakat melalui apa yang mereka cakap dan lakukan.

Kesimpulannya, kedudukan dan pengaruh yang dimiliki oleh seseorang influencer mempengaruhi soal bayaran yang perlu dibuat bagi sesebuah kempen. Justeru sebelum mengambil mana-mana influencer untuk kempen anda, banyak perkara perlu diperhatikan.