Jika anda ingin memasarkan produk jenama sendiri, menjadi seorang influencer mungkin adalah salah satu cara terbaik untuk memulakan langkah anda. Sebagai seorang influencer, anda dapat membangunkan personaliti jenama anda sendiri, mempromosikan produk anda secara berkesan, dan membina jaringan peminat yang setia.
Bagaimanakah anda boleh menjadi seorang influencer yang berjaya untuk produk jenama anda sendiri? Berikut adalah beberapa strategi dan taktik yang boleh anda gunakan.
Kenapa nak kena jadi influencer?
Kita sekarang berada dalam era influencer. Banyak bisnes nak upah influencer untuk pasarkan produk mereka, jadi apa salahnya pemilik bisnes sendiri jadi influencer untuk jual produk jenama sendiri. Tak ada risiko influencer lari dari syarikat dan tak perlu mengeluarkan wang untuk bayar influencer.
Contoh pemilik bisnes yang jadi influencer yang anda semua di Malaysia pasti kenal:
- Datuk Aliff Syukri (Pengasas D’Herbs), selalu buat musik video dan juga vlog bersama keluarga fasal produk, aktiviti harian, trend video viral dan juga borak kosong.
- Dato’ Sri Vida (Pengasas QuPuteh), selalu buat musik video, juga video kemewahan harian beliau dan sponsored video.
.
1. Mulakan dengan mengenali niche pasaran anda
Anda pasti sudah tahu produk anda sendiri, jadi siapakah target audience untuk produk tersebut? Kalau dah tahu, anda boleh mengenalpasti niche produk anda dan tukarkan ia menjadi niche untuk kandungan yang anda akan pos di media sosial nanti.
Pastikan kandungan sejajar dengan pendirian jenama anda serta mesej yang jelas dan konsisten di seluruh media sosial yang anda berada.
2. Memberikan Nilai Kepada Audiens Anda
Mengajar pengikut ilmu yang berguna
Berikan sebab kenapa pelanggan anda wajib ikuti anda di media sosial. Paling mudah dengan hanya memberi diskaun dan rebat bagi pengikut. Tetapi untuk membangunkan hubungan yang erat dengan pelanggan sedia ada, anda perlu lakukan usaha yang lebih.
Mencipta kandungan yang bermanfaat seperti informasi tambahan fasal produk, tips yang membantu pelanggan, ataupun pandangan esklusif ke dalam operasi bisnes anda supaya pengikut berasa dekat dengan anda.
3. Sentiasa bersikap jujur dan ikhlas
Anda kena sedar yang pengikut tak suka pendapat yang berat sebelah, mereka mahu mengikut influencer yang jujur dan ikhlas. Jadi bila bercerita fasal produk anda, janganlah borak besar yang produk anda boleh buat macam-macam.
Jujur sahaja dan beritahu produk anda untuk siapa dan apa kelemahan/kelebihan. Baru pengikut suka dan dapat elak haters.
4. Merapatkan hubungan dengan pelanggan/pengikut anda
Memberi tindak balas kepada pengikut memberi imej jenama yang bagus
Pengikut yang setia adalah kunci untuk menjadi pengaruh yang berjaya. Gunakan waktu anda untuk berinteraksi dengan pengikut anda, membalas komen, dan menjawab soalan. Beri pengikut anda merasa dihargai dan terlibat dalam komuniti anda.
Di sinilah anda boleh mencipta komuniti yang bersama-sama berminat dengan produk dan anda sebagai pengasasnya.
Menjadi seorang influencer untuk produk jenama sendiri memerlukan masa dan usaha yang konsisten. Konsistensi, kejujuran, dan memberikan nilai kepada audiens anda semua kunci kejayaan sebagai influencer bagi produk jenama sendiri. Ingatlah bahawa membangunkan komuniti sebagai influencer bukannya usaha yang senang, tetapi akan berkekalan lama.
Jika anda merupakan pemilik bisnes yang kecil, kami sedia untuk membantu anda untuk menganalisis bisnes anda sama ada bersedia untuk dipasarkan sebagai influencer. Hanya hubungi kami terus ke email modachimy@gmail.com.