Influencer marketing telah menjadi strategi pemasaran yang popular disebabkan media sosial. Anda sebagai pemilik bisnes mesti mahu mengetahui jika influencer marketing ini adalah pilihan terbaik di sebalik risiko.
Jadi tak perlu cari jauh hanya teruskan membaca dan kami di Modachi akan menerangkan semuanya.
Apa itu influencer marketing?
Influencer marketing ialah jenis pemasaran yang melibatkan kerjasama dengan individu yang mempunyai jumlah pengikut media sosial yang besar, dikenali sebagai influencer, untuk mempromosikan jenama atau produk anda. Tujuan influencer marketing ialah untuk memanfaatkan kepercayaan dan pengaruh yang dimiliki oleh influencer
Efektif ke Influencer marketing?
Influencer pandai untuk mendapatkan engagement yang tinggi
Ia sangat…SANGAT efektif. Ia telah terbukti dapat menghasilkan ROI yang lebih tinggi berbanding dengan bentuk pengiklanan tradisional, kerana pengguna lebih cenderung mempercayai cadangan dari orang yang mereka kenali atau kagumi.
Kegagalan berlaku bila SALAH pilih influencer, dan tidak membuat research yang mencukupi.
Kelebihan dan Risiko
Sebelum anda memutuskan untuk melaksanakan influencer marketing, anda perlu mempertimbangkan kelebihan dan risiko.
KELEBIHAN | RISIKO |
Meningkatkan kesedaran jenama | Kos tinggi |
Pengaruh dan kepercayaan yang tinggi | Tidak boleh dikawal |
Peningkatan jualan | Perlu persedian dan kajian yang banyak |
Target audiens yang terdefinisi | Kemungkinan membeli pengikut |
.
Kadar Bayaran
Kadar bayaran meningkat dengan setiap views
Bayaran berbeza-beza mengikut influencer, tetapi bayaran lima angka memang standard tetapi masih boleh buat rundingan untuk rendahkan harga. Perbezaan bayaran mengikut:
Pengaruh Influencer – Mega, Macro, Micro, Nano
Jenis Bayaran – Flat rate, Sponsorship, Komisen, Per View, Produk Percuma
Servis – Story posting, Content posting, Musik, Review, Mengacara, dll.
Batasan
Kena faham, walaupun influencer marketing ini efektif, masih ada batasnya yang strategi pemasaran ini tidak boleh bantu. Ini bukan strategi yang bersesuaian untuk semua kempen. Antara batasannya:
Audiens terhad – influencer bukannya membawa masuk audiens baru ke dalam bisnes, tetapi hanya membawa masuk audiens mereka sendiri ke dalam bisnes anda.
Tidak semua kenal influencer – kebanyakkan influencer terkenal dalam niche mereka tersendiri, jadi pemilihan mestilah tepat dengan kempen.
Offline Personaliti yang lemah – kebanyakan influencer memang GAH depan kamera tetapi bila berhadapan lemah, kenalilah siapa yang anda akan bawa dan kekuatan mereka.
Reputasi terikat – reputasi influencer dan syarikat akan selalu terikat, dari sebelum berkolaborasi hingga selepas.
Alternatif
Pekerja syarikat boleh menjadi influencer juga
Jika anda sudah membuat kajian dan merancang untuk tidak melaksanakan influencer marketing, kami ada sediakan alternatif. Iaitu hanya melakukan pelaburan untuk Program Influencer Dalaman.
Program Influencer Dalaman ialah satu strategi pemasaran yang melibatkan menukar pekerja anda menjadi duta jenama yang mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat kepada rangkaian dan pengikut di platform media sosial.
Tak lupa juga, anda boleh sahaja menggunakan servis kami di Modachi untuk mengkaji dan mencari influencer yang bersesuaian dengan objektik bisnes anda, ataupun untuk melaksanakan Program Influencer Dalaman ini. Hanya hantar kami apa-apa sahaja pertanyaan ke modachimy@gmail.com.