Ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023 lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan mengenai lima cabaran ekonomi yang sedang dan akan dihadapi oleh negara kita.
Lima cabaran tersebut adalah:
1) BEBAN HUTANG
Negara mempunyai hutang bernilai RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.
2) KEMEROSOTAN PENTADBIRAN
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 jatuh ke tangga 61 berbanding tangga 29 pada tahun 1998. Hal ini disebabkan kegagalan membendung rasuah politik.
3) KETIDAKTENTUAN EKONOMI DUNIA
Kita sekarang ditekan dengan situasi inflasi. Unjuran pertumbuhan ekonomi dunia juga sederhana sahaja disebabkan kesan pandemik pada tahun 2020 hingga sekarang.
4) PELABURAN BELUM PULIH
Kedudukan Malaysia dalam Senarai Daya Saing Dunia oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) jatuh ke tangga 32 berbanding tangga ke-12 yang pernah dicapai sebelum ini.
5) CABARAN BUAT RAKYAT
Rakyat diuji dengan kadar inflasi yang tinggi. Begitu juga dengan kadar pengangguran. Malah kadar purata pendapatan belia juga rendah iaitu sekitar RM1,700 sebulan pada 2021.
Sumber: www.releven.com.my
Justeru, apakah tindakan anda sebagai surirumah dalam membantu keadaan ekonomi rumahtangga? Kami berikan tip untuk anda jana pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah.
TIP UNTUK SURIRUMAH BUAT BISNES DARI RUMAH
1) PILIH BISNES YANG ANDA SUKA
Apabila diminta pilih bisnes yang disukai, selalunya orang akan keliru dan tidak tahu hendak memilih bisnes apa. Disarankan anda buat bisnes berdasarkan hobi anda sendiri. Misalnya jika anda suka menjahit, buatlah bisnes berasaskan jahitan. Begitu juga jika anda suka membuat kraf, buat bisnes berasaskan kraf tangan.
2) SEDIAKAN RUANG BISNES
Ruang bisnes akan menjadikan anda lebih fokus. Sediakan satu ruang khas di rumah anda yang dikhususkan untuk bisnes.
3) BUAT JADUAL
Sebagai surirumah, anda ada banyak urusan rumahtangga yang perlu diselesaikan. Justeru, buatlah jadual supaya ada waktu khusus untuk anda fokus kepada bisnes anda. Misalnya, jika bisnes masak, anda masak pada waktu pagi untuk dijual kepada pelanggan. Jika menjahit pula, anda boleh menjahit pada waktu malam. Membuat jadual menjadikan anda aktiviti anda lebih tersusun.
4) MANFAATKAN PLATFORM ONLINE
Dengan adanya media sosial, silalah gunakan sepenuhnya platform tersebut. Ramai yang telah berjaya membuat bisnes dari rumah hanya dengan menggunakan media sosial. Anda boleh mula beriklan, membuat live dan menghasilkan kandungan yang kreatif di media sosial.
5) JALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN USAHAWAN LAIN
Belek-beleklah media sosial anda dan bina hubungan dengan orang yang telah lama membuat bisnes sama seperti anda. Hubungan baik ini boleh membuatkan anda lebih celik dan memahami selok belok berbisnes dari rumah.
Kesimpulannya, ayuhlah para surirumah untuk sama-sama membantu ekonomi rumahtangga supaya kehidupan lebih terjamin dari segi kewangan. Sememangnya urusan mencari nafkah itu urusan suami, namun tiada salahnya jika kita isi masa yang ada dengan menjana pendapatan sendiri.