Buku Sebagai Senjata Pemasaran Bisnes, Ini Senarai Info Anda Patut Semak!

Walaupun hari ini dikatakan sebagai era digital, namun apabila bercakap soal bahan bacaan, buku berbentuk fizikal masih lagi mendapat tempat istimewa dalam kalangan pembaca berbanding e-book. Salah satu alasannya adalah disebabkan pembaca suka dengan pengalaman menyentuh dan menyelak helaian kertas dan merasai berat buku tersebut ketika memegangnya.

Terdapat pelbagai faktor lagi yang menyebabkan buku fizikal tetap diminati oleh pembaca berbanding e-book. Antaranya:

NILAI SEBUAH BUKU

Buku mempunyai rekaan kulit, bentuk tulisan dan reka bentuk grafik yang mampu menarik perhatian secara visual kepada individu yang membaca. Justeru, jika anda mahu menarik lebih ramai membaca buku anda, hasilkanlah sebuah buku yang cantik dari segi visualnya.

Berbanding dengan e-book. Walaupun e-book boleh menarik perhatian melalui visual juga, namun disebabkan tidak mampu disentuh, e-book kurang daya tarikan.

E-book masih tetap tidak dapat menambat hati pengguna gajet.

KETAHANAN

Sebuah buku yang diselenggara dengan baik boleh tahan selama bertahun-tahun. Hal ini boleh menjadikan buku dibuat sebagai bahan bacaan sekali gus sebagai hiasan di rak buku yang diletakkan cantik di ruang tamu kediaman anda.

Berbanding dengan e-book yang memerlukan penyelenggaraan pada gajet. Misalnya telefon bimbit atau tablet yang perlu dicas bateri. Gajet juga perlu diselenggara komponen sistemnya.

E-book, buku digital masa kini.

MUDAH BERKONGSI

Tentu seronok untuk berkongsi buku dengan individu yang mempunyai minat serupa. Hanya perlu ambil buku tersebut dan tunjukkan kepada mereka. Hal ini menjadikan buku fizikal mudah dikongsi dengan orang sekeliling. Malah buku sangat sesuai dijadikan koleksi sehingga boleh dibina mini perpustakaan di rumah.

Buku fizikal mempunyai peminat tersendiri.

Berbanding dengan e-book yang selalunya tidak boleh dikongsi dengan individu lain. Apa yang boleh dibuat adalah menunjukkannya sahaja menggunakan gajet anda. Justeru, agak sukar untuk berkongsi bahan bacaan kecuali individu tersebut membelinya untuk koleksi sendiri.

BUKU SEBAGAI BAHAN PEMASARAN

Buku boleh dijadikan sebagai senjata pemasaran bagi orang yang mempunyai perniagaan. Malah, senjata ini sangat berkesan sebenarnya. Ini informasi yang sangat berguna untuk anda membuat strategi pemasaran menggunakan buku fizikal.

1) Dengan menulis buku, anda boleh berkongsi kepakaran anda melalui setiap bab yang ditulis. Hal ini sekali gus memberikan anda satu platform untuk menonjolkan diri dan mempengaruhi pembaca anda dengan informasi yang lengkap mengenai kredibiliti dan kepakaran yang anda miliki.

2) Buku fizikal yang anda tulis boleh dijadikan sebagai peneraju pemikiran dalam industri yang anda ingin kuasai. Inilah yang dikatakan sebagai satu kuasa dalam pemasaran kandungan. Tulislah maklumat berharga dalam buku anda.

Proses menerbitkan buku mengambil masa panjang, namun berbaloi untuk perniagaan anda.

3) Selain mempromosikan diri anda sebagai pemain industri, anda juga boleh mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda ada. Justeru, jika anda ialah individu yang terlibat dalam industri latihan, kursus atau perundingan, sangat sesuai untuk anda menulis buku mengenai perkhidmatan anda itu. Hal ini memudahkan pembaca meneliti dan mengambil tahu mengenai perkhidmatan anda secara mendalam.

Kesimpulannya, walaupun proses menerbitkan sebuah buku memakan masa, tenaga dan belanja yang banyak, namun manfaatnya amat banyak untuk perniagaan anda. Daripada proses menyiapkan manuskrip, menyunting, menyusun atur grafik dan percetakan, semuanya menuntut kesabaran serta ketelitian. Strateginya, promosikan buku anda pada peringkat pembikinan dan selepas buku siap diterbitkan. Cubalah!

Ingin Modachi melaksanakan proses penerbitan buku anda? Hubungi kami sekarang.