Ramadan sudah tiba dan konten media sosial juga kena ikut bermusim kalau nak stay relevan. Kami faham memang susah nak generate idea yang ramai minat ni, jadi kami sediakan 30 idea konten untuk bulan Ramadan yang pasti akan viral.
1 Hari, 1 Konten
#challenge
1 – Cabaran jangan mencarut semasa Ramadan
Idea ini yang paling senang, boleh buat bila-bila masa. Kepada content creator yang selalu saja mencarut, ini cabaran yang pasti fans suka tengok anda gagal. Cabaran ini tak semestinya berlangsung sepanjang Ramadan, boleh sahaja terhad semasa main game atau ikut kreativiti masing-masing. Tetapi nama pun cabaran kan, jadi setiap kali mencarut, content creator mesti akan dihukum.
Contoh:
Jangan mencarut semasa… | Hukuman |
---|---|
…sepanjang Ramadan | Derma Seringgit, Setiap Satu Mencarut |
…main ‘Get Over It’ | 10 Push Up, Satu Mencarut |
…diusik kawan | Kawan dapat duit raya setiap kali mencarut |
.
2 – Cuba berpuasa (Non-Muslim)
Setiap kali Ramadan mesti akan ada non-muslim cuba berpuasa, dan yang muslim pula tersengih-sengih tengok. Ini boleh dikatakan annual challenge yang wajib bagi non-muslim kalau nak buat konten Ramadan. Tak perlu berpuasa penuh 30 hari, separuh hari pun boleh.
Contoh:
Non-muslim try… |
---|
…berpuasa penuh |
…First-time berpuasa |
…puasa seminggu |
.
3 – Cabaran berbuka dengan makanan satu colour
Siapa ingat cabaran makan makanan satu colour di YouTube? Inilah masa paling sesuai untuk revive-kan balik trend itu. Cabarannya mudah sahaja, content creator hanya boleh berbuka dengan makanan yang sama satu warna sahaja. Nak content lagi unik? Tambah twist ikut kreativiti. Boleh juga beramai.
Contoh:
Berbuka dengan hanya colour… | Tapi… |
---|---|
Coklat | Tak boleh makan coklat (koko) |
Biru | Hanya boleh beli online |
Yang ada dalam jalur gemilang | Hanya sayur-sayuran |
.
.
4 – Cabaran menjual di Bazar Ramadan
Ini dipanggil educational challenge, mesti pernah terfikir macam mana perjalanan harian peniaga Bazaar Ramadan. Ini satu pengalaman yang bukan semua boleh lalui, dan sesuai untuk content creator yang suka merakam video panjang untuk konten ini seperti vlog.
Contoh:
Dari kebun ke Bazaar Ramadan, Macam ni rupanya |
Kita ikut abang ayam gunting menjual di Bazaar Ramadan |
Merch aq tak laku di Bazar Ramadan |
.
5 – Cabaran turun berat Ramadan ini
Ramai yang ambil peluang semasa berpuasa ini untuk kuruskan badan. Ini peluang untuk content creator menjadikannya satu cabaran yang penonton sendiri boleh ikuti journey bersama anda untuk kurus ini.
Contoh:
Jom turun 10kg Ramadan ni |
Aku cabar diri aku untuk turun 2kg seminggu bulan Ramadan ni |
Nak kuruskan badan sebab terbeli baju raya saiz S |
.
6 – Cabaran Touch ‘n Go eWallet
Touch ‘n Go eWallet sekarang boleh digunakan untuk bagi duit raya kepada kawan-kawan. Wang tunai akan diberi secara rawak kepada jumlah yang anda tetapkan, ini boleh dijadikan konten. Duit boleh dapat serendah RM0.01, jadi semuanya ikut nasib, pasti akan dapat reaksi yang terhibur.
Contoh:
Give Away! Aku bagi duit raya RM1,000, siapa cepat dia dapat |
Nak bagi duit raya kat anak buah tapi random |
Untuk syawal, aku belanja fans duit raya |
.
7 – Cabaran berbuka dengan makanan pedas
Baca tajuk pun dah buat perut rasa gastrik, tak kisah Ramadan ataupun tak, ramai suka menonton konten orang makan makanan pedas. Tapi hati-hati mungkin akan ada yang sakit perut bila lakukan cabaran ini.
Contoh:
Nak berbuka, duit takda tapi maggi pedas gila ada |
Aku buat kerja gila, berbuka makan ayam cili api |
LIVE: Makan ramen pedas untuk berbuka |
.
#makanan
.
8 – Belajar buat makanan tradisional
Pernah buat lemang tak? Bukan semua orang tahu macam mana nak buat masakan tradisional ini. Apa kata kita buatnya jadi konten, mesti huru-hara. Dari nak cari buluh, perut kelapa, dan siap makanan, macam-macam boleh terjadi. Tak semestinya lemang, dodol, ketupat, dan macam-macam boleh.
Contoh:
First time… |
---|
…try buat lemang |
…masak dodol |
…buat ketupat moden |
.
9 – Teka kuih apa tu
Kita di Malaysia ni ada banyak jenis kuih dari negeri-negeri berbeza. Bolehlah test pengetahuan kawan-kawan tentang kuih-kuih ni. Secara simple boleh meneka dengan memakai blindfold saja tapi makin sukar pasti lagi seronok. Teka-teki bosan bila cara meneka terlalu direct, perlu tambah twist.
Teka kuih raya… |
---|
…dari kandungannya sahaja |
…dengan telinga |
…yang di blend |
.
10 – Cuba makanan Aidilfitri luar negara
Bukan anda seorang sahaja yang terfikir apa makanan raya oleh orang muslim di luar negara. Selalu orang Malaysia yang bawa makanan raya kita ke luar negara, nak juga rasa makanan raya luar negara. Jadi bagi sesiapa nak cuba dapatkan audience luar negara, ini konten yang sesuai.
Contoh:
Member aku sent makanan raya dari Jepun |
Untuk raya, muslim di Cina makan ni |
Jom cuba test try makanan raya Australia |
.
11 – Resepi berbuka/sahur
Mak-mak seluruh dunia mesti dah sakit kepala fikirkan nak masak apa setiap hari pada bulan Ramadan ni. Apa lagi, ni peluang untuk content creator ringankan tangan mereka dan bagi resepi-resepi menarik sepanjang Ramadan.
Hari ni kita masak masakan mat salleh |
Mak-mak boleh cuba resepi ni untuk berbuka |
Ini makanan cepat dan senang untuk sahur |
.
12 – Promote/Review/Recommend tempat makan untuk berbuka
Makanan. Dalam hati setiap umat Malaysia adalah seorang foodie. Dengar saja fasal kedai makan baru, sedap, atau terkenal, mesti nak cuba. Walaupun negeri lain still sanggup drive 1-2 jam. Konten makanan ni pasti ada ramai peminat.
Contoh:
Daging tebal dan lembut, Restaurant Review |
Peminat ketam MESTI MAKAN SINI |
Makan set dulang, Berebut makan weh! |
.
#health #education
13 – Benefit puasa untuk tubuh badan
Setiap Ramadan mesti akan ada discussion tentang kesihatan berpuasa pada badan. Apa-apa yang melibatkan kesihatan tubuh badan pasti akan ada pengikut.
Contoh:
Puasa cara Islam Vs Intermitten Fasting |
Kekalkan gaya hidup sihat selepas berpuasa |
Kenapa orang bukan Islam pun kena berpuasa |
.
14 – Ambil peluang belajar waktu Ramadan
Ramai student mengambil kesempatan semasa Ramadan untuk meningkatkan pembelajaran. Jadi content creator boleh buat konten yang motivational buat mereka untuk belajar lebih bersungguh semasa Ramadan.
Contoh:
Ramadan adalah masa terbaik untuk belajar |
Baca buku selepas sahur bagi senang ingat |
Tambah ilmu agama sebelum Isyak |
.
#laguraya
.
15 – Buat lagu raya baru
‘Balik Kampung’ dan ‘Kepulangan Yang Di Nanti’ fuishh memang lagu raya klasik yang wajib kita dengar setiap kali raya tiba. Jadi apa kata content creator try untuk buat lagu raya moden? Dengan TikTok, lagu-lagu boleh cepat jadi viral. Inspirasi boleh dapat dari band Floor 88, mereka memang boss dalam buat lagu raya moden.
Contoh:
Raya di Bandar |
Dulu terima duit raya, sekarang bagi duit raya |
Ini tahun, raya online |
.
16 – Teka lagu raya
Pernah dengar tak lagu raya kita tapi dalam bahasa asing? Benda yang simple macam ni pun boleh jadi konten. Makin kreatif kita berfikir macam-macam helah kita boleh guna.
Contoh:
Teka lagu raya… |
---|
… dalam bahasa asing |
…dengan pergerakkan sahaja |
…dalam 1 saat |
.
17 – Remix/Parody lagu raya
Remix lagu lama sekarang dah menjadi trend di luar negara, apa salahnya kalau kita remix lagu raya lama. Viral itu pasti, tapi kalau nak lebih kreatif buat parody dari lagu-lagu tu.
Contoh:
Duduk Rumah, Parody – Balik Kampung |
Kepulangan Yang Di Nanti – TikTok edit |
Suasana Hari Raya tapi kat ofis |
.
18 – Cuba jangan nyanyi lagu raya
“OOOHH~~ BALIK KAMPUNG” siapa boleh tahan tak nyanyi lagu ni? Cabaran untuk konten ni senang saja, cuma untuk tidak nyanyi lagu-lagu raya ni. Tapi tu yang payah, dalam hati dah tersemai setiap tahun. Kalau jangan nyanyi terlalu senang, seperti biasa tambah difficulty level.
Contoh:
Cabaran jangan… |
---|
…nyanyi lagu raya |
…enjoy dengar lagu raya |
…gelak parody lagu raya |
.
#bajuraya
.
19 – Promote baju raya
Ini khas untuk siapa yang dapat sponsorship pakaian raya. Nak promote baju raya memang payah sikit di sosial media, yang paling berhasil setakat ini adalah musik video, filem pendek dan video membeli-belah memilih pakaian. Orang suka tengok orang lain punya kemewahan.
Contoh:
Tolong saya pilih baju raya suami |
Baju raya MAHAL!!! (Music Video) |
Baju sekolah atau baju raya |
.
#parodyraya
20 – Buat parody viral video Ramadan version
Masa untuk recycle balik viral video dan jadikannya versi Ramadan. Tak mudah dan tak susah, semuanya atas kreativiti sendiri.
Contoh:
hari ni hari raya! Hari..cium tangan mak kau |
Tarian Kpop Halal ver |
Guna math kira hasil dari beraya |
.
21 – Temubual/Podcast
Penat untuk bercakap bagi content creator tapi sangat relaxing bagi pendengar. Ramai suka mendengar topik yang melegakan kerana penat berpuasa lagi-lagi pendengar podcast di Malaysia. Top podcast di Malaysia mostly didominasikan oleh podcast Islamic, dan vibe positif. Oh, tak lupa juga genre seram.
Contoh:
Wahai Tuhan |
Muslim Central |
Malam Seram |
.
#sketsa #storytime
Waktu-waktu Ramadan ni mesti akan ada cerita saja setiap tahun. Dari cerita pelik, lawak sampailah cerita sedih. Inilah cadangan yang orang akan cari bila tibanya Ramadan. Ceritakanlah pengalaman masing-masing, pasti akan ada yang berminat.
22 – Perangai budak-budak bila puasa/raya
Nak puasa, sehari singgit |
Kira duit raya macam kira dosa |
Buat-buat malu bila nak ambik duit raya |
.
23 – 1001 cerita bila solat terawih
Budak-budak main mercun kat belakang |
Member tertidur masa solat terawih |
Survey masjid yang solat terawih paling express |
.
24 – Sketsa Tak Puasa
Port-port boleh curi-curi makan |
Puasa dapat delivery kat rumah member |
Termakan shawarma dan 2 gallon air ketika berpuasa |
.
25 – Tips boleh kurus Ramadan ni
Berjalan 3km, bersenam 3min, makan bahagi 3 |
Berbuka sihat dengan masakan sendiri |
Jangan duduk diam, bersenam juga baru kurus |
.
26 – Cerita hantu
*Percaya ataupun tak, ada niche orang suka tengok cerita hantu waktu bulan Ramadan sebab syaitan dah kena ikat, jadi tak takut kena kacau.
Kisah benar, hantu tepi parit |
Terjumpa jembalang, hantu atau manusia |
Hantu Jepun kat sekolah lama |
.
.
27 – Mercun
Perang meriam buluh dengan taman sebelah |
Mercun luar negara yang aku nak kat Malaysia |
Dah besar masih main mercun |
.
28 – Cerita Pengalaman Sewaktu Ramadan
Dulu aku dapat singgit je, budak sekarang RM5 |
Walaupun mak dah tak ada, kami beradik masih berjumpa untuk raya |
Anak buah gaduh tak dapat RM50 |
.
29 – Kisah-kisah Islam
Sunat lakukan ini bila Ramadan |
5 rasul ulul azmi |
Kisah akhir zaman |
.
30 – Raya Fashion Show
Baju raya ikut trend 2023 |
Colour Poppin’ untuk raya bersama keluarga |
Jom jahit baju raya sendiri |
.
Apa macam? Mesti menarik idea-idea ni. Sesiapa sahaja boleh menggunakan idea ini untuk membuat konten masing-masing secara percuma. Semoga content creator yang menggunakan idea ini mendapat sambutan yang diingini. Siapa yang tak puas lagi dan nak idea konten yang lebih mensasarkan audience yang specific, boleh terus contact kami di Modachi.